Pages

07 Oktober 2010

Maaf...

Sekarang nie, saya dah berada di tempat saya. Alhamdulillah..Walaupun kali nie sy balik dengan memandu sendiri,tapi tuhan telah melindungi saya disepanjang perjalanan. Dan disepanjang perjalanan, bermacam macam perkara yang bermain dimata saya satu persatu. Sejujurnya saya masih diulit seribu satu rasa perasaan. Entah apa yang saya mahukan, saya sendiri x tahu. Dan mungkin kerana kecelaruan serta kekeliruan yang menghantui inilah yg membuatkan saya x sedar, atau boleh jadi saya sedar, betapa ada hati yang terluka, yang terasa dan yang kecewa kerana saya. Tapi siapa saya untuk menghalang semua tu..Kadangkala, dalam saya berusaha untuk menjaga hati semua pihak, saya x sedar, ada juga hati yang tercalar kerana saya. Dalam saya berusaha untuk menjaga hati orang lain, bagaimanapula dengan hati saya?

Sungguh! Saya x mahu minta apa2 dari setiap orang yang saya sayang. Cukuplah andai mereka dapat memberi saya waktu, untuk saya mencari dimana kelemahan saya yang perlu menjadi kekuatan dimata mereka. Cukuplah andai mereka memberi saya ruang, untuk memperbaiki kelemahan yang perlu menjadi kebanggaan dimata mereka. Sungguh! Saya telah berusaha untuk melakukan apa sahaja sebaik yang mungkin. Saya telah berusaha untuk membahagikan rasa kasih yang ada, mencurahkan rasa sayang yang ada. Namun, perlu banyak mana lagi yang perlu saya pertaruhkan untuk membuatkan saya rasa segalanya adalah berbaloi...Sungguh! saya rasa seolah-olah semuanya seolah-olah tidak dihargai..Didalam kepayahan saya membina sebuah empayar kasih untuk dinikmati oleh setiap orang2 yang saya sayang, kesilapan saya masih lagi mencacati empayar tersebut. Kekurangan saya masih lagi menjadi simbol empayar tersebut dan Kelemahan saya masih lagi mewarnai empayar tersebut. Sungguh! Perlu apa lagi untuk saya lakukan agar segalanya kelihatan sempurna?

Buat mereka yang tersayang..

Tangan saya hanya ada dua..Dan hati saya adakalanya juga tidaklah setabah yang disangka. Walaupun dari nyatanya saya kuat untuk mengharungi segalanya, namun saya masih memerlukan bantuan dari orang yang saya sayang. Menghulurkan tangan disaat saya terjatuh dan memimpin saya dari perjalanan yang menyakitkan. Saya masih memerlukan hati orang yang saya sayang agar saya tahu, saya tidak keseorangan. Sungguh! Saya malu untuk menunjukkan saya lemah dimata mereka yang saya sayang. Jauh sekali untuk menumpahkan air mata saya. Tapi saya masih manusia biasa. Saya juga menangis apabila saya rasa saya perlu untuk menangis. Saya juga merasa lemah apabila saya rasa saya perlu untuk merasa lemah. Tapi siapa yang ada disisi saya ketika saya melalui kesedihan dan kelemahan tersebut. Saya menenangkan orang2 yang saya sayang tapi dimana mereka ketika saya merasakan ketidaktenangan...Adakah saya ini menyukarkan kehidupan orang2 yang sayang? Adakah saya ini hanya layak untuk menjadi beban pada orang2 yang saya sayang....

Buat Mereka Yang Saya Sayang,

Saya minta maaf. Tiada kata lain yang dapat saya ungkapkan selain dari kata2 tersebut. Andai Maaf saya ini tidak cukup, saya rela untuk hukuman yang selanjutnya. Ianya agak sukar untuk saya melalui kehidupan ini tanpa sokongan dari orang2 yang saya sayang dan terlalu sukar tanpa rutin harian yang kita lalui bersama. Saya merasakan bahawa saya kini berada didunia yang cukup asing. Saya x tahu apa yang perlu saya lakukan andai segalanya menjadi kesilapan dimata orang2 yang saya sayang. Andai ini yang perlu saya terima, saya redha dan sejujurnya saya akan redha dengan segalanya. Mungkin hati orang cukup keras, namun hati saya x mampu untuk menjadi sedemikian. Saya mengorbankan segalanya namun andai itu masih tidak memadai, saya rela untuk berputus asa...

"tatap mataku dan kau kan tahu..semuanya yang ku rasakan"