Pages

01 Januari 2013

Selamat Tinggal - Versi Sambungan

Hari nie jari jemari terasa ringan plak nak menyambung story semalam. Jika dikira-kira, imbasan cerita semalam baru berada di bulan mei. Bermaksud imbasan still x lengkap lagi dan hari nie try nak tamatkan.
Berbalik kepada cerita sahabat yang terakhir, kepergian nya biarpun menyakitkan tetapi saya harus berterima kasih kerana kepergiannya sebenarnya meninggalkan sesuatu buat sy. Mungkin ianya tanpa sedar dan macam x diterima kewarasan akal namun itulah hakikatnya. Pada saya andai sahabat ingin pergi, kemanapun dia ingin tuju, maka pergilah. Tiada lagi istilah “Kemana pun Kita Pergi, Kita Tetap Membawa Hati Yang Sama” kerana saya kini telah mempunyai “Teman Pengganti”. Macam lirik lagu dari Judika “Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku..Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia”. Disaat-saat macam nie, sy terkenang-kenang, sy slalu jugak hadiahkan sahabat coklat. Kadang-kadang tu sampai sahabat bole buat stok sampailah satu masa sahabat kata “Dalam perhubungan nie, x seharusnya perlu manis macam coklat. Adakalanya perlu masam2 jugak.. pedas2 sikit sbb kalo selalu manis mcm coklat, x best la…” so satu hari tu, sy buat kelainan sket. Sy bagi sahabat asam plak and bukannya coklat seperti kebiasaan nye.. ok. Tutup bab kenangan bersama sahabat. Buat sahabat, telah saya tekankan satu masa dulu, kita sentiasa diberi pilihan dan bergantung kepada kita bagaimana untuk memilihnya. Jika ini jalan yang sahabat rasakan ianya terbaik buat kita, maka seperti selalu, sy akan menurutnya kerana sy telah sedia maklum, dari dulu lagi, sy bukan yang terbaik buat sahabat. Sahabat berhak memilih untuk bersama siapa pun yang sahabat berkehendakkan. Terima Kasih kerana selama 12 tahun ini, sahabat banyak mengajar sy dalam mengenal diri sendiri, bersama sy dalam mewarnai dunia persahabatan ini, dan membuatkan saya semakin cekal hati. Pada saya sahabat yg mengajar sy bahagia dan sahabat juga lah yg membuat sy kenal derita.. Sahabat yg membuatkan sy berharap dan sahabat juga lah yang membuatkan sy berhenti berharap. Sahabat yang meninggalkan kenangan terindah dan sahabat juga lah yang meninggalkan satu kepahitan buat kenangan sy…
Seingat saya rentetan dari konflik persahabatan sy dengan sahabat lah semakin merapatkan kembali hubungan sy dengan “Berlian Biru”..Cahaya Dari Pantai Timur.. Boleh dikatakan Berlian Biru nie merupakan seseorang yang special juga dihati sy memandangkan ketika sy keseorangan selama 3 tahun dulu, dy lah yg berada disisi sy.. Dan jujurnya sehingga sekarang, dy masih lagi special.. x tahu nak huraikan tapi boleh jadi hubungan kami selalu tergantung disebabkan sy mmg x percaya langsung pada hubungan jarak jauh. Apepon, bersama berlian biru, tetap menghangatkan kehidupan sy dan sedikit pun sy x pernah melupakan kenangan-kenangan kami….
Cerita punya cerita dah pon masok bulan ramadhan… Hehehehe.. Ramadhan yg selalu membawa perubahan. Pada saat inilah detik2 awal saya semakin mengenali seseorang..seseorang yang sahabat tinggalkan. Boleh jadi sahabat terlupa, akan sentiasa ada ruang ntok orang lain bersama sy andai dy x mampu bersama sy. Pada ketika ini, kepahitan yang tertinggal, seseorang inilah yang menghilangkannya. Rasa amarah pada sahabat, seseorang inilah yang meredakannya.. Seseorang ini menjadi tempat ntok sy melepaskan segalanya. Kemarahan sy, kesedihan sy, kekecewaan sy, kepenatan sy dan segala apa yg sy rasa. Hingga sy tidak sedar, saat ketiadaan seseorang ini, sy menjadi perindu.. Pada saat ini juga akhirnya sy x mampu ntok menolak. Andai telah ditakdirkan seseorang ini akan bersama sy, menemani dan mewarnai hari2 sy selepas kepergian sahabat, maka sekuat manapon kami saling menafikan, perasaan yg unik, tetap akan hadir juga. Tanpa jemu seseorang ini selalu berada disisi sy. Melayan ragam dan karenah sy. Menghulurkan tangan disaat kejatuhan sy dan menarik sy dari kejatuhan tersebut. Ramadhan pada kali itu, dipenuhi segalanya bersama seseorang tersebut. Dan dipendekkan cerita, pada Hari Lahirnya di bulan September, sy memutuskan untuk menyerahkan hati sy ini kepada seseorang tersebut dengan satu pesanan..”Andai satu masa nanti kamu juga seperti yang lain, yang mahu pergi dari kehidupan sy, maka pergilah dengan cara yg baik.. sebagaimana kehadiran kamu dalam kehidupan sy, agar sy dapat mengenang sesuatu yg baik antara kita” pada ketika itu juga, sy telah memutuskan, tiada lagi kasih buat sahabat..dan tiada lagi kasih buat yg lain selain dari keluarga, kekasih dan juga seseorang ini.. Biarpun sy tidak tahu sejauh mana hubungan kami dpt bertahan, namun sy akan terus berusaha menjadi yg baik dan yg terbaik buatnya…
Oktober telah dilalui..November telah ditempuhi dan Disember telah dihadapi.. Biarpun pada November yg lepas, terpalit satu lagi kepahitan buat sy dimana perkara yg paling sy kesalkan adalah dengan menjadikan dy sebahagian dari kehidupan sy, namun sy bersyukur sgt2.. Setidaknya sy tahu, siapa kawan2 sy yg sebenarnya dan untuk apa kawan2 sy bersama sy.. Pada pengakhiran tahun ini juga, sy bersyukur sgt2.. kerana seseorang yg telah sy serahkan hati sy kepadanya, masih lagi penjaga hati sy yg baik. Dan x keterlaluan rasanya jika sy menggelarkan seseorang tersebut sebagai “Penjaga Hati”. Biarpun adakalanya kami bermasam juga, namun segala yg terjadi, sy jadikan sebagai rujukan untuk lebih mengenali siapa seseorang tersebut. Buat Penjaga Hati, terima kasih kerana berusaha untuk selalu menjadi yang terbaik di hati sy. Terima kasih kerana menjaga sy ketika kesihatan sy terganggu. Terima kasih kerana berusaha untuk mendapat tempat di dalam keluarga sy, terima kasih kerana tidak pernah berputus asa untuk melayan ragam sy dan terima kasih untuk segalanya… Seikhlasnya, sy hargai semua tu, dan sy sygkan awk.. sgt2.. pada tangga yg kedua dihati sy..
P/S : Ntok Teman Tapi Mesra, jgn terasa hati andai tiada cerita kita disini. Kamu juga teman yg terbaik, yg pernah sy ada. Teman yg montel2 dan pujian harus sy berikan juga buat kamu, kerana masakan kamu, semuanya buat sy berselera...