Pages

15 April 2012

Sayang Kontrak

Ade ke?? Hehehehe…setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia luahan saya kata saya rasa, arini saya kembali dengan tajuk Sayang Kontrak. Macam kelakar entry nie tapi perkara-perkara yang macam nie amat jarang-jarang berlaku dan pada mereka mereka yang pernah atau sedang melaluinya kemungkinan melalui pelbagai perkara pahit manis yang x dapat di ungkapkan. Adakah saya juga sedang melaluinya??? Hehehehe… Cum movie 3 Temujanji, saya sendiri x tahu apakah saya sedang melaluinya ataw tidak. Sahabat meminta saya untuk saling menjaga hati selama tempoh 6 bulan dimana pengakhiran tempoh tersebut adalah pada bulan 8 dan saya x menjanjikan apa-apa buat sahabat pada ketika itu kerana saya tahu, saya bukanlah penjaga hati yang baik. Apa yang saya katakan, saya akan berusaha untuk selalu bersama sahabat. Melewati kembali persahabatan kami seperti suatu masa dahulu dan menunaikan setiap impiannya selagi saya mampu dan terdaya. Sedar x sedar tempoh kontrak kami hanya tinggal 3 bulan saje lagi. Bila direnungkan kembali, setelah saya dengan rela mencipta segalanya, adakah saya juga dengan rela akan melepaskan semuanya???



Buat sahabat, tiada apa yang dapat saya ungkapkan selain dari satu kata-kata “Terima Kasih”. Terima kasih kerana menjadi pendengar setia saya selama tempoh kontrak ini. Mendengar setiap keluh kesah saya tanpa mengambil kira apepun cerita tersebut. Biarpun adakalanya sahabat agak marah, tapi saya tahu sahabat sebenarnya merasa ketidakpuasan hati kerana selama ini sahabat menjaga saya dengan baik malahan cukup baik. Terima kasih kerana walau sahabat berasa marah sekalipun, sahabat tetap memberikan pandangan dan ulasan yang kemudianya membuatkan saya terfikir kembali. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya biar apepon keadaan saya. Meminjamkan bahu buat saya bersandar disaat saya merasa keletihan, meminjamkan tangan buat saya merasa yakin disaat saya terkeliru, memulangkan kembali senyuman dan ketawa saya disaat saya merasa kepayahan dan tidak kira apa keadaan, sahabat tetap mengutamakan perasaan saya sekalipun saya sedar sahabat mungkin terluka kerana saya.. Kerendahan hati sahabat inilah yang membuatkan sehingga kini pun, saya masih bersama sahabat. Bukankah sesuatu perhubungan yang melalui kepayahan biasanya akan berakhir dengan kesenangan kerana kepayahan untuk mendapatkan sesuatu itu akan membuatkan kita lebih menghargainya apabila kita dapat memilikinya…



Buat seseorang yang dihati saya pada ketika ini, maafkan saya diatas segala kesedihan awak. Asalkan awak tahu, Dalam apa keadaan, awak tetap keutamaan saya tapi sayangnya mata awak telah tertutup dengan kehadiran sahabat. Hati awak penuh dengan kecurigaan dan pernahkah awak tahu segalanya telah menjeruk rasa dihati saya.. Saya akui saya agak berubah sejak kebelakangan ini tapi perubahan saya bukan kerana sahabat. Banyak perkara yang telah kita tinggalkan hinggakan kemanisan tersbut x dapat dirasai kembali. Ape yang terungkap pada waktu ini hanyalah perasaan dan jujurnya saya dalam keadaan yang tidak selesa tiapkali soal perasaan dibangkitkan antara kita sedangkan hal-hal lain kita ketepikan. Saya minta maaf. Mungkin betol kata awak, sukar nak memahami saya dan mungkin betol jugak pendapat kawan-kawan awak tentang susahnya memahami saya tapi pada saya orang lain hanya mampu memberikan pandangan tentang ape yang mereka lihat tanpa tahu dengan jelas apa yang ada dihati saya. Jadi untuk awak yang bersama saya, selagi awak mampu bertahan, bertahanlah….. tapi andaikata awak sudah merasa putus asa saya x berhak untuk melarang awak dari terus disisi saya..

Saya sesungguhnya merasa sukar untuk pertahankan hak saya biarpun saya tahu saya berkemampuan..