Pages

31 Disember 2012

Selamat Tinggal

Hari nie rasa terpanggil plak nak post entry setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia blog nie. Sure ramai yang dah bosan nak tengok blog saya memandangkan tiada apa-apa entry yang terbaru and yang buat sy tergelak sendiri, ntok tahun nie, blog sy hanya diwarnai oleh 4 entry sahaja.. Hehehe.. Setelah kembalinya sy pd hari ini, sy berminat plak nak buat post entry yang bertajuk "Selamat Tinggal" Setelah sy melalui segalanya untuk tahun nie, saya amat bersyukur sgt2 kerana masih diberi kesempatan ntok menempuh hari esok yang juga merupakan tahun 2013. Jika ditanya apa perkara yang paling sy syukurkan sgt2, sy akan menjawab, perkara yg paling sy syukurkan sgt2 selama tempoh ini adlh sy masih diberi kesempatan dan ruang ntok bersama bonda yang selalu sy merajok rajokkan.. ( Kalo jaoh sket je, rase rindu.. Tp kalo dekat rase ngade2 plak nak merajok-rajok ).. dan jika ditanya apa perkara yang paling sy kesalkan sgt sepanjang tempoh ini, saya akan jawab, perkara yg paling sy kesalkan sgt selama tempoh ini adalah apabila sy menjadikan someone itu sebahagian dari kehidupan sy... Jika di imbas satu persatu ntok tahun nie, start dari awal tahun hubungan sy dengan Honeydew sy, mmg bermasalah secara kritikal. So, pada ketika itu juga sy dipertemukan dengan someone yang biarlah sy gelarkan dia sebagai "Teman Persinggahan". Perkenalan kami pun kerana kami menuntut di kolej kemahiran yang sama dan x sangka dari perkenalan yg singkat kami akhirnya menjadi kenalan yang rapat. Honeydew sy plak, Alhamdulillah, kehidupannya lebih baik tanpa sy. Biarpun kadang2 sy mmg rindu giler kat dy, tp sy kene sedar diri bahawa antara kami sudah lama berakhir. Kehadiran sy dlm kehidupan dy hanya akan menyebabkan 2 kemungkinan terjadi. Samada boleh jadi ataw bole blah. Hehehe.. Sungguh, selama tempoh perhubungan kami, dy merupakan adik yg paling sy sayang pada ketika itu. Biarpun hubungan kami ada pasang dan surutnya, masam dan manisnya, namun segala yg tertinggal tetap satu kenangan buat sy. "Jika bahagia bersama mu hanyalah sementara waktu, aku pilih derita merindui mu" Perlukah ungkapan Selamat Tinggal ini juga dikaitkan dengan nya.... Ntok "Teman Persinggahan" pula, sy x perlu banyak komen tentang dy. Namanya pun persinggahan so x banyak perkara yg kami lalui and dy merupakan salah seorang yang mendapat keputusan Gagal dalam mendapat tempat dihati saya. Menjadi kawan yang baik saje dy telah gagal, apatah lagi menjadi seorang adik.. Pada April 2012, sy dipertemukan kembali bersama sahabat dan kami membuat perjanjian "Sayang Kontrak" dimana entry yg tersebut, betol2 mendapat komen yg terhangat. Still teringat-ingat lagi kata-kata sahabat, "No Hard Feeling" ntok hubungan yg baru tersebut memandangkan sahabat mungkin tidak mahu makan hati lagi dengan sikap sy. Kami melalui tempoh tersebut dan jujurnya sy mmg bahagia sgt2 biarpun sy tahu, dy merupakan yg kedua dihati sy. Tp ntah dimana salah dan silapnya, kontrak tersebut tamat sebelum tempohnya. Boleh jadi kerana kami membuat andaian masing2 dan mengharapkan antara satu sama lain yang memujuk. Dy dengan sikapnya yang terus menghilang dan sy dengan sikap sy yang merelakan sedangkan pada ketika itu, sy berharap sgt2 agar dy kembali ke sisi sy. Jujurnya juga, sy akui, kesilapan sy pada waktu itu, namun sebesar apakah kesalahan tersebut sehingga saya tdk diberi peluang dan lebih merumitkan keadaan adalah pada ketika itu, sy dituduh yang bukan2. Sesuatu yang tidak dilakukan tetapi dituduh melakukan..Bukankah itu sesuatu yang menyakitkan.. Tambahan lagi, baru sy sedari, sekali lagi sy telah di "Remove". APakah sahabat merasakan bahawa sy teringin sgt untuk mengetahui kehidupannya sehingga sy di remove and apakah sahabat merasakan bahawa sy nie terlalu rendah darjatnya ntok mengetahui kisahnya selepas dy menamatkan segalanya???? NO HARD FEELING... To be Continue..

27 Mei 2012

Syukurlah....Dia Dipinjamkan...

Hari nie, sy memulakan kembali rutin harian sy di opis setelah 2 minggu saya membiarkan meja sy penoh ngan keje2 yang masih terbengkalai sejak November tahun lepas. Bangun pagi dlm keadaan yg malas2 kesan tido lewat malam td tapi masih ade feel ntok pegi keje. Bole jd sbb menang game bowling mlm td and bole jd tekanan dah diluahkan dlm karoke. Hehehe.. Masok opis arini, suasana agak laen sedikit. Mungkin sbb da lame x masok opis, dan mungkin jugak dipengaruhi dengan ketiadaan seseorang yg lazimnya saya bole melihat dia dari meja saya ( macam curik2 pandang jugaklah )…Ketiaadan nya yg membuatkan sy kadang2 tersenyum sendiri lebih2 lagi kalo tengok cawan hijau yg ade atas meja sy nie. ( Kelihatannya meja sy pon agak teratur sket dan t.kasih la pade sesiapa yg tolong kemaskan meja nie sepanjang ketiadaan sy ). Dalam pada masa yg sama, sy mmg bersemangat giler ntok settlekan sume keje dalam tempoh seminggu nie. Harap2 segalanya akan dipermudahkan biarpun sy melakukannya secara bersendirian…
Apepon, syukurlah…dia dipinjamkan. Allah telah meminjamkan sahabat biarpun hanya seketika Cuma. Dalam entry yang lepas, ade sy tekankan ‘setelah dengan rela sy mencipta segalanya, adakah dengan rela juga sy akan melepaskan nya ‘ maka jawapan sy disini adalah, mgkin x berapa nak rela sangatlah, tp sy ikhlaskan segalanya berlaku..Andai ini pilihan sahabat, mendatangkan kebaikan ntok sahabat, kebahagiaan and kegembiraan buatnya, maka saya ikhlas ntok melepaskan sahabat ntok tidak disisi sy lagi, mendengar segala keloh kesah sy, menemani makan minum dan tidur sy, melayan ragam dan karenah sy dan ape saje rutin yg kami lalui sepanjang tempoh 3 bulan ini. Jujurnya saya mmg merindukan sahabat malah pada ketika sy pergi jaoh baru-baru ini pon, sy membawa sesuatu milik sahabat. Biarpun hanya sebotol kecil minyak wangi namun itu sudah cukup memadai ntok menghilangkan kerinduan sy buat sahabat. Asalkan sahabat tahu, sy sebenarnya bukanlah berkeinginan sangat nak pergi jaoh. Pada saat sblm sy berangkat pon, sy sempat berpesan pada seseorang “cukup sekiranya sahabat kata Jangan Pergi, maka sy mmg x akan pergi” tp sehingga ke sudahnya, sahabat hanya mendiamkan diri dan saya juga mengambil keputusan nekad ntok sama nekad seperti sahabat. Andai sahabat mengambil keputusan nekad kerana salah saya, maka apalah alasan yg saya ada ntok pertahankan diri. Khabarnya sahabat marahkan sy krn ketiadaan “Maaf” atas kelewatan sy dan sy akui itu kesilapan sy, tp apakah sahabat tahu, pada malam itu, permintaan sahabat telah buat saya terasa hati. dan seperti sy, sahabat juga tidak meluahkan kata2 “maaf”. Paling tidak menyatakan alasannya mengapa sahabat meminta saya Ntok pergi ke hati yg lain tanpa tahu apa yg ada dihati saya. Sahabat seharusnya mengerti kerana pada sy sahabat ade kelebihan ntok membaca hati saya ( lebih kurang cum sixth sense jugaklah ) tp, ape yg terjadi selepas itu, kami sebenarnya saling harap mengharap akan kemaafan masing2. Sy menyimpan segalanya dari pengetahuan sahabat dan sahabat juga menyimpan segala apa yg dy rasa dari pengetahuan sy. Sudahnya, perancangan kami rosak macam tu aje.. dan sy, hanya mampu tersenyum……
Syukurlah, dia dipinjamkan… Setidaknya jika semua ini tidak terjadi, sy tak tahu apa2 yang selama ini tersirat diantara sy dan sahabat. Sahabat telah meninggalkan satu pesanan buat seseorang agar tidak terlalu menyayangi saya dan kata-kata itu sebenarnya buat sy terfikir, sy harus berterima kasih pada sahabat! Boleh jadi sahabat tidak mahu seseorang tersebut menanggung kekecewaan yang teramat sangat dan jujurnya kata-kata sahabat itu, biarpun agak pahit, namun saya memandangnya dari sudut yg positif. Ketika kesihatan sy terganggu baru-baru ini pon, sahabat seolah-olah mengejek saya dan entah knp saya rasa malu pulak ntok jatoh sakit depan sahabat! Dan itulah kali terakhir sy melihat sahabat dimata sy.. Pengakhirannya macam agak syahdu tp sy tahu, sahabat lebih tahu atas apa sahaja tindakan dia. Saya hanya menyatakan apa yg saya rasa. Terima kasih sahabat diatas setiap apa yg telah sahabat hadiahkan. Sahabat Memberikan saya kebahagiaan namun akhirnya sahabat jugalah yang memberi sy penderitaan. Sahabat memberikan saya kekuatan namun akhirnya sahabat jugalah yang memberi saya kelemahan…tapi apa yg berjaya sahabat kekalkan adalah hati. Sahabat kembali ketika hati sy masih terluka, dan sahabat pergi juga ketika saya merasa terluka!

15 April 2012

Sayang Kontrak

Ade ke?? Hehehehe…setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia luahan saya kata saya rasa, arini saya kembali dengan tajuk Sayang Kontrak. Macam kelakar entry nie tapi perkara-perkara yang macam nie amat jarang-jarang berlaku dan pada mereka mereka yang pernah atau sedang melaluinya kemungkinan melalui pelbagai perkara pahit manis yang x dapat di ungkapkan. Adakah saya juga sedang melaluinya??? Hehehehe… Cum movie 3 Temujanji, saya sendiri x tahu apakah saya sedang melaluinya ataw tidak. Sahabat meminta saya untuk saling menjaga hati selama tempoh 6 bulan dimana pengakhiran tempoh tersebut adalah pada bulan 8 dan saya x menjanjikan apa-apa buat sahabat pada ketika itu kerana saya tahu, saya bukanlah penjaga hati yang baik. Apa yang saya katakan, saya akan berusaha untuk selalu bersama sahabat. Melewati kembali persahabatan kami seperti suatu masa dahulu dan menunaikan setiap impiannya selagi saya mampu dan terdaya. Sedar x sedar tempoh kontrak kami hanya tinggal 3 bulan saje lagi. Bila direnungkan kembali, setelah saya dengan rela mencipta segalanya, adakah saya juga dengan rela akan melepaskan semuanya???



Buat sahabat, tiada apa yang dapat saya ungkapkan selain dari satu kata-kata “Terima Kasih”. Terima kasih kerana menjadi pendengar setia saya selama tempoh kontrak ini. Mendengar setiap keluh kesah saya tanpa mengambil kira apepun cerita tersebut. Biarpun adakalanya sahabat agak marah, tapi saya tahu sahabat sebenarnya merasa ketidakpuasan hati kerana selama ini sahabat menjaga saya dengan baik malahan cukup baik. Terima kasih kerana walau sahabat berasa marah sekalipun, sahabat tetap memberikan pandangan dan ulasan yang kemudianya membuatkan saya terfikir kembali. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya biar apepon keadaan saya. Meminjamkan bahu buat saya bersandar disaat saya merasa keletihan, meminjamkan tangan buat saya merasa yakin disaat saya terkeliru, memulangkan kembali senyuman dan ketawa saya disaat saya merasa kepayahan dan tidak kira apa keadaan, sahabat tetap mengutamakan perasaan saya sekalipun saya sedar sahabat mungkin terluka kerana saya.. Kerendahan hati sahabat inilah yang membuatkan sehingga kini pun, saya masih bersama sahabat. Bukankah sesuatu perhubungan yang melalui kepayahan biasanya akan berakhir dengan kesenangan kerana kepayahan untuk mendapatkan sesuatu itu akan membuatkan kita lebih menghargainya apabila kita dapat memilikinya…



Buat seseorang yang dihati saya pada ketika ini, maafkan saya diatas segala kesedihan awak. Asalkan awak tahu, Dalam apa keadaan, awak tetap keutamaan saya tapi sayangnya mata awak telah tertutup dengan kehadiran sahabat. Hati awak penuh dengan kecurigaan dan pernahkah awak tahu segalanya telah menjeruk rasa dihati saya.. Saya akui saya agak berubah sejak kebelakangan ini tapi perubahan saya bukan kerana sahabat. Banyak perkara yang telah kita tinggalkan hinggakan kemanisan tersbut x dapat dirasai kembali. Ape yang terungkap pada waktu ini hanyalah perasaan dan jujurnya saya dalam keadaan yang tidak selesa tiapkali soal perasaan dibangkitkan antara kita sedangkan hal-hal lain kita ketepikan. Saya minta maaf. Mungkin betol kata awak, sukar nak memahami saya dan mungkin betol jugak pendapat kawan-kawan awak tentang susahnya memahami saya tapi pada saya orang lain hanya mampu memberikan pandangan tentang ape yang mereka lihat tanpa tahu dengan jelas apa yang ada dihati saya. Jadi untuk awak yang bersama saya, selagi awak mampu bertahan, bertahanlah….. tapi andaikata awak sudah merasa putus asa saya x berhak untuk melarang awak dari terus disisi saya..

Saya sesungguhnya merasa sukar untuk pertahankan hak saya biarpun saya tahu saya berkemampuan..