
Hari nie dah genap seminggu seluruh umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan dan pada saya Agak berbeza sket tahun nie dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga iaitu si kecil Ah Boy atau Mohamad Haziq Arsyad. Kedatangan Ramadhan, tiap kali membawa pelbagai cerita dalam lembaran kehidupan saya. Jika dua tahun yg lepas saya sibuk menolong keluarga sahabat berniaga di bazar, Setahun yang lepas saya sibuk melayan adik2 saya berpuasa di Port Dikcson, tapi pada tahun ini, saya x tahu nak buat apa. Sahabat telah pergi, malah Honey Dew saya juga telah pergi...
Semalam, saya berada di Negeri Sembilan. Rancangan dari awal bersama Mr.Bos kerana kebetulan bos sy nak balik ke Port Dikcson, so awal2 lagi dy dah warning kat saya ''Jangan Naik Motor Lagi. Kalo x saya pecat awak''Hahahahahaha...bole plak Mr.Bos main ugut2 cum nie ek..Hurm..So, bile tiba masanya, saya x boleh la nak cancel sbb saya dah mintak izin dari family and saya dah heboh2 dah yg saya nak ke sana. Bos plak dah siap kemas2kan kete dy semata-mata nak tumpangkan saya padahal dalam hati, saya x bole nak keluarkan apa yg saya rasakan ketika itu. Ditambah lagi semasa saya salam tangan Ma, Ma pesan begini ''Dah sampai sana nanty, telefon. Jgn diam aja. Selalu sangat kalau dah sampai x telefon. Buat Ma risau je. Kirim salam pada ibu dan ayah''... waaaaa...Sesungguhnya pada saat itu, hampir nak menitis air mata nie, tapi kena la steady dulu kan...
Pada 06 Ogos 2011 kelmarin, hubungan saya secara rasminya mungkin dah terhenti. Walu saya Cuba pertahankan sebelum2 nie, namun kerana orang lain, akhirnya hubungan kami dipertaruhkan. Malah saya juga dilarang ntok berhubung dengan keluarga saya di Port Dickson dan inilah alasan, kenapa saya agak sedey dengan pesanan Ma saya tadi. Malamnya saya dah sampai disana. Tapi saya minta Mr.Bos hantar saya di hentian bas shj dengan alasan, ayah akan datang jemput saya. Lepas Mr.Bos bergerak dan keretanya hilang dari pandangan, saya jadi buntu. ''Kemana aqu nak pergi nie''. Saya memerhatikan keaadaan disekeliling saya. Satu persatu kenangan datang bertandang. Di tempat inilah saya pernah terjatuh. Di tempat inilah saya pernah dibantu. Di tempat inilah saya mencipta hubungan yg baru. Ditempat inilah saya dan Honey Dew pernah bertengkar. Di tempat inilah saya dan Honey Dew ketawa. Berkongsi segala kisah sedih, suka, pahit dan manis..Disaat2 begini, kemana saya harus pergi????

Wahai hati...tabahlah kau...tabahlah...
Saya kemudian menginap di salah sebuah hotel murah kat sana. Mujurlah driver teksi tu x byk soal so pagi tadi, sblm saya bertolak balik ke JB, saya melepaskan kerinduan saya buat mereka. Biarpun hanya bumbung rumah, namun itu sudah memadai..Mudah-mudahan mereka tidak akan merindui saya. Maafkan kakak bu..Maafkan kakak ayah..dan pada sume adik2 kakak yg lain, kakak minta maaf. Andai diberi keizinan, saya nak melangkah ke rumah berwarna kuning itu, namun seperti kata2 Honey Dew..Segalanya Dah Berakhir...Saya bukan siapa-siapa pun dirumah itu..Dalam perjalanan ke seremban, saya hanya membisu. Melayan perasaan. tak sangka kedatangan saya pada bulan lepas merupakan kedatangan saya yg terakhir dirumah itu dan saya bimbang, seandainya mereka ternanti-nantikan kepulangan saya kali ini kerana saya dah beritahu pada ibu dan adik2..Ya Allah...Andai ini caranya untuk membuatkan mereka membenci aku, aku terima seadanya tapi aku bermohon, usahlah kau menghilangkan rasa sayang yang ada ini buat mereka. Amin.....
Buat Honey Dew saya, Terima Kasih kerana kehadiran kamu pernah membahagiakan saya biarpun hanya seketika. Terima Kasih kerana menghulurkan tangan kamu disaat saya terjatuh ketika kepergian sahabat. Terima Kasih kerana berkorban segalanya buat saya. Mungkin saya bukanlah org yg suka berterus terang namun untuk yg terakhir, saya nak kamu tahu, saya berbangga punya adik seperti kamu yg semakin teguh berdiri diatas kaki sendiri namun saya x pernah akui kerana saya mahu kamu belajar untuk menguruskan kehidupan kamu sendiri. Saya berbangga dengan pencapaian kamu tapi saya saja pertikaikan krn saya mahu kamu lebih tercabar untuk berusaha dengan lebih gigih. Kamu masih telus sama seperti pertama kali kita bertemu namun saya x pernah akui kerana saya mahu kamu lebih berkeyakinan agar tidak mudah dipermainkan. Maafkan saya jika cara saya tidak betul. Maafkan saya jika kerana saya kamu kehilangan teman. Maafkan saya jika kerana saya kamu kesusahan dan maafkan saya jika saya penyebab kamu kelaparan. Seikhlasnya, saya akan sentiasa mendoakan agar kamu sentiasa bahagia dan berjaya dalam apa jua usaha kamu..