Pages

24 Jun 2013

Kebenaran Itu Adakala Menyakitkan

Hari ni sy masih lagi mengekalkan status seorang "pengangur"..Bangun pagi kol 6.30 bajet cum nak gi keje tapi pas mandi, baru sedar yg sy kini seorang pengangur...then, continue tido semule..Itu ajekah keje sy??? Hadoi sesungguhnya perasaan berada di tempat sendiri sebagai seorang pengangur memang tidak best sgt2 dan untuk itu sy bangun semule, siap2 then kuar pusing2 sekitar kawasan..manelah tau kot~kot ade job yg sy leh buat.. time pusing~pusing tu, sy dapat call dr Friend ( Kawan Lama Yg Tetibe Jd Rapat ) yg nak jumpe sy kejap .Today is the last day for her to stay at taman nie. Kemanakah Friend akan pergi??? Friend akan pergi berhijrah ke Kuala Lumpur...atas sebab yg paling x best iaitu BERGADUH dengan member dy sendiri. Kirakan cum melarikan diri dr permasalahan tp andai itu adalah jalan yg terbaik buatnya, sebagai kenalan, sy hanya mampu menasihati sekadar yg perlu.

Ketiadaan friend seolah-olah menambahkan lagi impak kekosongan di jiwa saya. Jujurnya walaupun kami kurang rapat before this tapi sejak akhir~akhir ni, kami banyak berkongsi cerita. Tentang Sahabat, tentang Teman Pengganti dan tentang teman nya. Apa yg pasti, sebelum kami pulang ke rumah masing~masing td, Friend memberikan sedikit pandangannya kepada sy. Sekadar pandangan katanya, tp mungkin berbeza bagi sy sebagai penerima. Apabila ia mengaitkan Teman Pengganti dalam kehidupan sy dan sahabat yg muncul kembali. Apakah benar kelakuan sy menunjukkan sy dalam dilema??????

Bercerita tentang Sahabat, benar, Sahabat muncul kembali setelah setahun kami saling mendiamkan diri. Selama tempoh setahun itu, saya melalui segalanya dengan Teman Pengganti dengan pelbagai keadaan dan suasana, serta konflik. Hadirnya sahabat, sekuat manapon saya menolak, menafikan ataw melarikan diri, saya sedar, kebencian hanya semakin mendekatkan saya bersamanya. Semakin jauh saya berlari, namun semakin kuat saya menjadi seorang perindu. Mungkin apa yg bakal saya kongsikan ini, sesuatu yg amat sukar untuk diterima oleh Teman Pengganti. Seperti yg selalu saya katakan, Kadang-Kadang Sesuatu Itu Lebih Baik Kita Tak Tahu Daripada Kita Tahu Dan Ia Menyakitkan . Namun dalam pada masa yang sama, saya x mahu, Teman Pengganti terus membuat andaian demi andaian.. Sepanjang 08hb sahabat bersama saya selama saya berada di Negeri Sembilan. Dari cadangan sy nak ke Kelantan atas undangan perkhawinan, namun hasrat itu saya batalkan kerana saya sendiri yg merelakan untuk bersama sahabat, Memenuhi permintaannya untuk tournament di Seremban, sebelum kami ke kampung halaman saya di Bahau dan buat pertama kalinya, sy merasakan puas sgt2 kerana niat sy untuk membawa sahabat ke kampung halaman di Negeri Sembilan telah saya tunaikan.. 

Buat Teman Pengganti, saya tahu saya salah. Saya tahu Teman Pengganti terlalu banyak makan hati ngan saya, sikap saya, kata~kata saya, semuanya memberi hati kepada Teman Pengganti. Namun, telah saya katakan awal~awal kehadiran sahabat dulu. Hanya memberinya ruang dan peluang untuk memperbaiki kedaan dan tempoh itu tidak lama. Saat hadirnya masa itu, kami akan kembali berjauhan dan pada waktu itu seperti selalu saya mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri kembali. Walau saya tahu Teman Pengganti x berapa setuju dengan kesakitan yang bakal sahabat berikan namun percayalah, saya yang memilih dan merelakan diri untuk berdepan dengan kesakitan tersebut. Andai pada waktu itu Teman Pengganti ingin pergi, saya sama sekali tidak menghalang kerana saya tahu, selama ini saya terlalu bnyak bergantung kepada tangan Teman Pengganti untuk menarik saya dari rasa itu. Selama beberapa waktu ini Teman Pengganti mendiamkan diri tanpa sebarang SMS dan panggilan, itu pun sudah cukup memberikan sy rasa sedikit kesakitan lebih~lebih lagi disaat saya berdepan dengan pelbagai kesulitan.. Maafkan sy kerana sy turut mendiamkan diri kerana prinsip sy berkasih biarlah pada yang sudi. Andai Teman Pengganti memerlukan masa untuk berdepan dengan semua ni, seikhlasnya, saya akan izinkan. Ambil la seberapa banyak masa yg Teman Pengganti perlukan jika dengan cara itu mampu mempertahankan hubungan berstatus kita...Hanya saya tertanya~tanya, andai benar menerima saya suatu masa dahulu, dengan penuh memahami, mengapa kini Teman Pengganti tidak mampu bertahan.. Andai Teman Pengganti tahu, risiko untuk bersama saya suatu masa dahulu sesuatu yg bakal menyukarkan, kenapa hubungan ini harus diteruskan.. Jika diberi pilihan antara dulu dan sekarang, saya lebih rela berhubungan tanpa status dengan Teman Pengganti kerana pada waktu itu Teman Pengganti memahami saya lebih dari segalanya dan saya bebas berkongsi cerita dari pelbagai aspek yang saya inginkan...Tidak seperti sekarang dimana saya harus memilih untuk bercerita dan lebih menjaga hati..Satu perkara yg paling tidak mampu saya lakukan itu lah yg terpaksa sy lakukan biarpun Teman Pengganti tahu saya sedang belajar untuk menjaga hati.. 






11 ulasan:

  1. Aku Ada TeropongIsnin, 24 Jun, 2013

    Antara Sahabat & T.P. Boleh jd konflik 3 segi tp tdk pasti samada mereka kenalan atau tdk.Jika antara mereka punyai hubungan yg khusus,itu mmg merumitkan dimana masingII harus berdepan antara satu sama dengan yg lain. Buat penama blog,harus pandai memainkan peranan.Kekalkan shj hubungan yg sedia ada bersama teman yg baru kerana jika dibaca dr kisah yg lampau,sahabat itu ibarat sambal belacan.Rasanya sedap tp pedas.T.P pula merasa sudah memiliki dan kerana itu dia wajar merasa dan membuat andaian.Jd sekadar nasihat,jika merasa selesa teruskan dan jika tdk fikirkan.Jgn yg dikejar tak dpt malah yg dikendong pula berkeciciran :)

    BalasPadam
  2. Pujangga PelangiIsnin, 24 Jun, 2013

    Tepuk dada tanya slera.Apa yg d ignkn dlm ssbuah phbgn.Mcri shbt bkn spt mcri mknan d psr lambak yg mlmbk lmbk.shrusnya brsyukr sbb ada shbt & tak perlu wujud teman pengganti.sy sndri sdh merasakan sktnya prsaan apbla org yg sy syg bgndgn dgn kwn sy & kamu ptut bsykr krn tdk ddlm suasana tsbt.jika mrsa slsa bsma shbt tdk perlu dgntikn atau rs itu wujud mgkn krn kamu tdk biasa tnpa tmn.shbt itu spt mcri emas dclahan kaca. kilaunya sama tp nilainya bbza.Jika mrsa skt dlm pshbtn,itu lumrah.Kasih syg itu bkn semakin mlmhkn tp shrusnya smkn mengukuhkn.

    BalasPadam
  3. Aku Ada TeropongSelasa, 25 Jun, 2013

    dipetik dr kataII Pujangga Pelangi : Jika sy ditkdirkn berada di tmpt pemunya blog ini,sy akn mjurus kpd T.P iaotu tmn yg ada & x prnh pergi spt mana yg shbt lakukan.Benar mcri shbt itu ibarat mencari emas yg perlukn segalanya tp pd istilah sy di pasar mlm lg sesuai utk memilih sbb pd waktu itu kt mmg akn dihadapkan dgn pelbagai pilihan.Shbt yg hanya ad seketika x layak utk memiliki & dimiliki n x perlu nk samakn kehidupan org hanya krn masa lalu kmu bsama teman kamu itu.

    BalasPadam
  4. Kalau sahabat, dia tidak akan pergi dimasa kita memerlukan dia... Tak akan mementingkan dirinya tanpa memikirkan tentang orang lain dan bukan juga seperti chipsmore...kejap ada kejap tak ada.. Sahabat juga bukan datang sesuka hati dan pergi mengikut kata hatinya bila nak pergi...datang dan pergi berulang kali...tak salah jika terus mahu bersama orang yang dikatakan "sahabat" itu..tapi fikir juga perasaan orang disekeliling...bukan terlalu obses dengan "sahabat" yg tak tentu bila datang dan perginya itu..

    BalasPadam
  5. Pujangga PelangiKhamis, 27 Jun, 2013

    Aku Ada Teropong bbcra seolah mpyai rasa yg krg sng dgn shbt.Mengapa perlu mghdirkn rasa benci pd ssorg yg prnh kt syg sklpun dia mngglkn kesan yg luka yg amt dlm.Pemunya blog mgkn msh merasa slsa bsma shbtnya mskipun tlh ada tmn pggnti.tp rujuk kmbli kata katanya yg trakhr,mgpa perlu mbataskn stiap pkra sjk memiliki.Mmlki bkn bmksd kt blh mghlg stiap keinginannya.sy bkn mmhak kpd shbt,bkn jg tlalu judge dgn tmn pgnti tp dlm mana mana phbgn sklipun,yg ptma itu ttp yg bmkna.smda ia dtg & kmbli berulg kali,namun akn ada yg trtggl iaitu kngan.

    BalasPadam
  6. Apabila terlalu menyayangi membuatkan perasaan kecewa itu terlalu dalam...awak memang sayangkan sahabat sangat2...sejarah perkenalan awak dan sahabat juga sebenarnya telah di uji...di uji dengan pemergiaan sahabat apabila sahabat sedar hakikat sebenar perkenalan adalah bersebab..penyesalan itulah permulaan kasih sayang awk terhadap sahabat kerana di situ bermula kemaafan...kepada orang yang menyayangi awak azian saya harap mereka mampu menyayangi awak melalui hati mereka dari tiada status hingga berstatus...jangan pula apabila telah mempunyai status seseorang itu merasa telah memiliki...kerana kekurangan yang ada pada awak membuatkan awak istimewa di hati saya...mungkin ramai yang mengatakan sahabat selalu pergi tapi dalam tak sedar andai sahabat tetap di situ,adakah hati2 yang pernah bersama awak mampu merasai kasih sayang awak walaupun hanya seketika...kerana pemergiaan sahabat juga orang di sisi awak mampu mencuri perhatian awak,dan awak mampu memberikan ruang kasih sayang yang kosong pada mereka...andai memiliki ruang itu hargailah...jika di lihat semula blog awak banyak berkisahkan tentang hubungan awak dengan sahabat...kalau topik sahabat ramai yang komen mengikut penilaian masing2...hanya sahabat dan azian sahaja yang mampu merasai kasih sayang antara mereka selama 13tahun..12.12.2000...

    BalasPadam
  7. RESEPI RINDUAhad, 30 Jun, 2013

    Hush, Rancak btOl pOst kali nie.. Nk kOmen gak lah.. erm, Cik Azian nie mmg bgkah?? Dah dpt gading brtuah.. Tanduk tidak brguna lgkah?? Bg sy lah kan.. Sjauh mne kte cube meNAFIkan rasa.. Menidakkn kata.. Jauh mne kaki melangkah.. Tetap akn br1.. Dan lumrah khidupan.. Ssua2 yg sudah sebati dalam diri.. Mmg sukar dileraikan.. Cume 1jew kOt yg leh wt ia gOyah.. Ble sendiri.. Dan sy rasa seharusnya Cik Azian sedar pada hakikat sebenar.. Jgn mudah membuka hati dan memberi hati andai KESEPEPIAN perlukan teman.. Sbb seharusnya SEPI bkn alasan utk mncari penganti.. Dan teman penganti yg sudahpOn dicari.. Adekah BENAR statusnya PENGANTI atau sekadar 1persinggahan sementara.. Hanya kamu mampu merungkai setiap persOalan.. Dan sy disini sekaddar mendOakn kebahagiaan kamu.. TIAP SESUATU PASTI TERINGAT..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengertilah akan bisik hatiku ini.Dan seterusnya aku mahu engkau fahami apa yang tertanam dalam sanubari mu.Sebuah kemaafan akan lebih bermakna dengan adanya penyesalan.Sebuah kerinduan akan lebih bermakna jika adanya sayang.Sebuah persahabatan akan hilang ertinya tanpa kehadiran yg diharapkan. Tiada apa yang dimahukan melainkan sebuah persahabatan penuh erti, sebagaimana yang telah dijalinkan bertahun-tahun lamanya.Bicara ini tidak memerlukan jawapanmu, namun mengharap penuh ehsanmu agar setia bersama, menjaga keutuhan persahabatan yang dibina.

      Padam
  8. Pemilik blog Saya Kata Saya Rasa ini,punya cerita yg menarik.Sepertinya sukar jika tdk mengikuti storynya dr masa ke smasa & sy bkn lh org yg mengenali.Hnya ttarik dgn storynya & mbayangkn betapa org ini sharusnya rasa bertuah krn memiliki rmai yg myayangi.Pd awlnya sy jg tk thu nk komen apa tp stlh dibc pd entry yg lpas,sy sndri tk thu siapa dhti org ini.Seringkali disakiti oleh shbt ttp kerapkali jg menerima shbt.Brmksd shbt mmg istimewa tmbhn lg stlh 12 thn brshbt.Amazing! Pshbtn mmpu bthan slama 12thn & itu mmg yg luar biasa.Bgimanapun apa yg boleh sy simpulkan,org ini sukar diramal hatinya.Lihat shj pd entry yg lepas "Pada saat inilah detik2 awal saya semakin mengenali seseorang..seseorang yang sahabat tinggalkan. Boleh jadi sahabat terlupa, akan sentiasa ada ruang ntok orang lain bersama sy andai dy x mampu bersama sy".Bmksud,teman pengganti mrupkan kenalan juga kpd shbt & ini lbh merumitkn!Apbla ssorg yg dtngglkn,kawan yg dharapkn tiba2 bhbgn dgn ssorg tsbt.Boleh jd spt kwn mkn kwn spt kbykkn drama2 televisyen skrg.Pd sy itu mmg menyakitkn & tmn pnganti pd sy mmg ptut sedar diri bhw dia ttp yg kdua slps shbt.Maaf andai sy buat kesmpulan.Dlm pd masa yg sama jg,shbt harus pndai ambil hati.Merenung stiap apa yg org ini lakukn.Harus jg sedar diri bhawa hati otg ini blm tntu slamanya milik shbt.Shbt harus,bpijk pd bumi yg nyata bhwa shbt jg bkn yg tbaik buat org ini.Mgkin terbaik tp kurg menonjol.Apapun pd sy org ini harus brsyukur krn dikurniakn byk hati yg menyayangi.Honey Dew yg mgkn msh wujud & Berlian biru yg msh istimewa.Hanya seorg yg dinyatakan gagal iaitu tmn prsngghn dan pd sy org ini menilai dr sudut yg hnya dia tahu dmana keunikkan ssbuah phbgan itu.............

    BalasPadam
  9. Sy trtarik dgn blog awk wlupun kurg entry yg bru.Klu nk bc yg bru,boleh jd,hujan setahun,panas sehari.Utk post kali ini,awk penuh dgn kejujuran dlm brbicara.Bsama Teman tp masih jua bsama shbt.Andai sy mjdi teman,sy blh jd cemburu yg tramat sgt dan klu sy mjdi shbt sy rasa syok la plk dpt perhatian dr awk.Apapun bkn itu point sy.Pd sy,setiap org pun mlkukan kesalahan dn kesilapan.Hanya dgn memaafkn kita dpt rasa betapa ikhlasnya kita menerima setiap ssuatu yg tlh hilang.Utk shbt,awk brtuah krn masih mdpt hatinya wlu mgkn hatinya tlh beralih arah dan utk tmn pgnti,jgn membiarkn curiga menguasai diri.Bimbang hubungan korg akn ke laut.Sebagai org pertama kedudukan shbt mgkn agk selesa tp tk bmksd yg hatinya akn slmanya milik kamu.Dan sbgi org kedua,inilah asam garam yg perlu ditln olh tmn pgnti.

    BalasPadam