Pages

24 Jun 2013

Kebenaran Itu Adakala Menyakitkan

Hari ni sy masih lagi mengekalkan status seorang "pengangur"..Bangun pagi kol 6.30 bajet cum nak gi keje tapi pas mandi, baru sedar yg sy kini seorang pengangur...then, continue tido semule..Itu ajekah keje sy??? Hadoi sesungguhnya perasaan berada di tempat sendiri sebagai seorang pengangur memang tidak best sgt2 dan untuk itu sy bangun semule, siap2 then kuar pusing2 sekitar kawasan..manelah tau kot~kot ade job yg sy leh buat.. time pusing~pusing tu, sy dapat call dr Friend ( Kawan Lama Yg Tetibe Jd Rapat ) yg nak jumpe sy kejap .Today is the last day for her to stay at taman nie. Kemanakah Friend akan pergi??? Friend akan pergi berhijrah ke Kuala Lumpur...atas sebab yg paling x best iaitu BERGADUH dengan member dy sendiri. Kirakan cum melarikan diri dr permasalahan tp andai itu adalah jalan yg terbaik buatnya, sebagai kenalan, sy hanya mampu menasihati sekadar yg perlu.

Ketiadaan friend seolah-olah menambahkan lagi impak kekosongan di jiwa saya. Jujurnya walaupun kami kurang rapat before this tapi sejak akhir~akhir ni, kami banyak berkongsi cerita. Tentang Sahabat, tentang Teman Pengganti dan tentang teman nya. Apa yg pasti, sebelum kami pulang ke rumah masing~masing td, Friend memberikan sedikit pandangannya kepada sy. Sekadar pandangan katanya, tp mungkin berbeza bagi sy sebagai penerima. Apabila ia mengaitkan Teman Pengganti dalam kehidupan sy dan sahabat yg muncul kembali. Apakah benar kelakuan sy menunjukkan sy dalam dilema??????

Bercerita tentang Sahabat, benar, Sahabat muncul kembali setelah setahun kami saling mendiamkan diri. Selama tempoh setahun itu, saya melalui segalanya dengan Teman Pengganti dengan pelbagai keadaan dan suasana, serta konflik. Hadirnya sahabat, sekuat manapon saya menolak, menafikan ataw melarikan diri, saya sedar, kebencian hanya semakin mendekatkan saya bersamanya. Semakin jauh saya berlari, namun semakin kuat saya menjadi seorang perindu. Mungkin apa yg bakal saya kongsikan ini, sesuatu yg amat sukar untuk diterima oleh Teman Pengganti. Seperti yg selalu saya katakan, Kadang-Kadang Sesuatu Itu Lebih Baik Kita Tak Tahu Daripada Kita Tahu Dan Ia Menyakitkan . Namun dalam pada masa yang sama, saya x mahu, Teman Pengganti terus membuat andaian demi andaian.. Sepanjang 08hb sahabat bersama saya selama saya berada di Negeri Sembilan. Dari cadangan sy nak ke Kelantan atas undangan perkhawinan, namun hasrat itu saya batalkan kerana saya sendiri yg merelakan untuk bersama sahabat, Memenuhi permintaannya untuk tournament di Seremban, sebelum kami ke kampung halaman saya di Bahau dan buat pertama kalinya, sy merasakan puas sgt2 kerana niat sy untuk membawa sahabat ke kampung halaman di Negeri Sembilan telah saya tunaikan.. 

Buat Teman Pengganti, saya tahu saya salah. Saya tahu Teman Pengganti terlalu banyak makan hati ngan saya, sikap saya, kata~kata saya, semuanya memberi hati kepada Teman Pengganti. Namun, telah saya katakan awal~awal kehadiran sahabat dulu. Hanya memberinya ruang dan peluang untuk memperbaiki kedaan dan tempoh itu tidak lama. Saat hadirnya masa itu, kami akan kembali berjauhan dan pada waktu itu seperti selalu saya mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri kembali. Walau saya tahu Teman Pengganti x berapa setuju dengan kesakitan yang bakal sahabat berikan namun percayalah, saya yang memilih dan merelakan diri untuk berdepan dengan kesakitan tersebut. Andai pada waktu itu Teman Pengganti ingin pergi, saya sama sekali tidak menghalang kerana saya tahu, selama ini saya terlalu bnyak bergantung kepada tangan Teman Pengganti untuk menarik saya dari rasa itu. Selama beberapa waktu ini Teman Pengganti mendiamkan diri tanpa sebarang SMS dan panggilan, itu pun sudah cukup memberikan sy rasa sedikit kesakitan lebih~lebih lagi disaat saya berdepan dengan pelbagai kesulitan.. Maafkan sy kerana sy turut mendiamkan diri kerana prinsip sy berkasih biarlah pada yang sudi. Andai Teman Pengganti memerlukan masa untuk berdepan dengan semua ni, seikhlasnya, saya akan izinkan. Ambil la seberapa banyak masa yg Teman Pengganti perlukan jika dengan cara itu mampu mempertahankan hubungan berstatus kita...Hanya saya tertanya~tanya, andai benar menerima saya suatu masa dahulu, dengan penuh memahami, mengapa kini Teman Pengganti tidak mampu bertahan.. Andai Teman Pengganti tahu, risiko untuk bersama saya suatu masa dahulu sesuatu yg bakal menyukarkan, kenapa hubungan ini harus diteruskan.. Jika diberi pilihan antara dulu dan sekarang, saya lebih rela berhubungan tanpa status dengan Teman Pengganti kerana pada waktu itu Teman Pengganti memahami saya lebih dari segalanya dan saya bebas berkongsi cerita dari pelbagai aspek yang saya inginkan...Tidak seperti sekarang dimana saya harus memilih untuk bercerita dan lebih menjaga hati..Satu perkara yg paling tidak mampu saya lakukan itu lah yg terpaksa sy lakukan biarpun Teman Pengganti tahu saya sedang belajar untuk menjaga hati.. 






22 Jun 2013

I'm Back as a Azian

Sy mengarang bukan untuk menyalahkan... Sy Mengarang bukan untuk mempertahankan... Sy hanya Mengatakan apa yg sy rasakan... Saya Kata Saya Rasa... Hehehehe... Ayat nak gegar je la sy nie..bikin org lain penasaran gitu...Actually, ini merupakan blog sy yg kedua ntok tahun 2013 nie .. Hahahaha.. Kedua? Hurm.. Dua cukup la kot... letak tiga nty, ade yg kata sy ni suka letak org ketiga dlm perhubungan.. so ntok kali ni biar duo yo la.. belajar untuk menjadi kekasih yg setia! ( SeTia PaDa YaNg DuA )
 Untuk tahun nie..dr Januari hingga ke sekarang bulan Jun, sy masih lagi GAGAL dlm mencapai matlamat dan azam sy. GAGAL tuh.. dari segala sudut dan aspek, semuanya saya gagal. Yg berjaya hanya satu. Berjaya buat org x sudah~sudah sakit hati ngan saya..Kalau ditanya pada sape-sapepon, sape-sapepon akan kata x mahu gagal! x mahu failed! semuanya nak cakap yg best~best walaupun kadang-kadang x setanding dengan ukuran di badan sendiri. Cum friend sy katakan.. cakap nak gud~gud jerk.. Hehehehe..xpe.. i still got 6 month untuk di kejarkan..Luaskan Kuasa Mu Azian.... 
 Untuk sejak~sejak kebelakangan nie, ade yg berkecil hati ngan sy.. makan hati.. bagi hati... tarik hati.. maen hati and hati~hati..Just because my name is Azian, so pasti nak hati~hati..Hehehehe..ntok awk..x payah nak hati~hati sgt ea..yakin dan percaya pada sy. Sometime sy mungkin gila, cum xder perasaan jerk, keras kepala, dan mungkin kadang-kadang nmpak snobbish atau buat~buat muka..tp pada masa awak merelakan hati awak ntok masuk ke dalam kehidupan sy, mengenali sy dengan lebih terbuka, ikhlas ntok bersama sy tanpa mempertikaikan siapa sy, pd waktu itu, saya boleh jamin, awak akan merasa selesa untuk bersama sy malah lebih selesa dari apa yg awak jangka. Hanya kadang-kadang sy juga perlukan masa..dan beri sy masa.. 
 Malam siang ku lalui Dengan debaran di hati 
Pengalaman teman-teman Membuat ku rasa bimbang 
Di dalam kehidupan Segalanya berkemungkinan 
 Hari ini aku tahu Ku tak meraguimu 
Kerna telah jadi bukti Kau setia pada janji 
Tetapi esok hari Tak tahu apa 'kan terjadi 
 Ku ingin pertahankan Sebuah kejujuran
 Ingin ku bersamamu Ke akhir hayatku 
 Namun ku tak berani Berjanji dengan pasti 
Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan 
 Jangan kau salah mengerti 
Dengan pengakuan ini 
Usah disalah tafsirkan 
Bukan ku tak sayang 
Ku mahu kau menginsafi Dengan kehidupan ini 
Segala berkemungkinan Untuk terjadi 
 Need To Be Continue...

01 Januari 2013

Selamat Tinggal - Versi Sambungan

Hari nie jari jemari terasa ringan plak nak menyambung story semalam. Jika dikira-kira, imbasan cerita semalam baru berada di bulan mei. Bermaksud imbasan still x lengkap lagi dan hari nie try nak tamatkan.
Berbalik kepada cerita sahabat yang terakhir, kepergian nya biarpun menyakitkan tetapi saya harus berterima kasih kerana kepergiannya sebenarnya meninggalkan sesuatu buat sy. Mungkin ianya tanpa sedar dan macam x diterima kewarasan akal namun itulah hakikatnya. Pada saya andai sahabat ingin pergi, kemanapun dia ingin tuju, maka pergilah. Tiada lagi istilah “Kemana pun Kita Pergi, Kita Tetap Membawa Hati Yang Sama” kerana saya kini telah mempunyai “Teman Pengganti”. Macam lirik lagu dari Judika “Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku..Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia”. Disaat-saat macam nie, sy terkenang-kenang, sy slalu jugak hadiahkan sahabat coklat. Kadang-kadang tu sampai sahabat bole buat stok sampailah satu masa sahabat kata “Dalam perhubungan nie, x seharusnya perlu manis macam coklat. Adakalanya perlu masam2 jugak.. pedas2 sikit sbb kalo selalu manis mcm coklat, x best la…” so satu hari tu, sy buat kelainan sket. Sy bagi sahabat asam plak and bukannya coklat seperti kebiasaan nye.. ok. Tutup bab kenangan bersama sahabat. Buat sahabat, telah saya tekankan satu masa dulu, kita sentiasa diberi pilihan dan bergantung kepada kita bagaimana untuk memilihnya. Jika ini jalan yang sahabat rasakan ianya terbaik buat kita, maka seperti selalu, sy akan menurutnya kerana sy telah sedia maklum, dari dulu lagi, sy bukan yang terbaik buat sahabat. Sahabat berhak memilih untuk bersama siapa pun yang sahabat berkehendakkan. Terima Kasih kerana selama 12 tahun ini, sahabat banyak mengajar sy dalam mengenal diri sendiri, bersama sy dalam mewarnai dunia persahabatan ini, dan membuatkan saya semakin cekal hati. Pada saya sahabat yg mengajar sy bahagia dan sahabat juga lah yg membuat sy kenal derita.. Sahabat yg membuatkan sy berharap dan sahabat juga lah yang membuatkan sy berhenti berharap. Sahabat yang meninggalkan kenangan terindah dan sahabat juga lah yang meninggalkan satu kepahitan buat kenangan sy…
Seingat saya rentetan dari konflik persahabatan sy dengan sahabat lah semakin merapatkan kembali hubungan sy dengan “Berlian Biru”..Cahaya Dari Pantai Timur.. Boleh dikatakan Berlian Biru nie merupakan seseorang yang special juga dihati sy memandangkan ketika sy keseorangan selama 3 tahun dulu, dy lah yg berada disisi sy.. Dan jujurnya sehingga sekarang, dy masih lagi special.. x tahu nak huraikan tapi boleh jadi hubungan kami selalu tergantung disebabkan sy mmg x percaya langsung pada hubungan jarak jauh. Apepon, bersama berlian biru, tetap menghangatkan kehidupan sy dan sedikit pun sy x pernah melupakan kenangan-kenangan kami….
Cerita punya cerita dah pon masok bulan ramadhan… Hehehehe.. Ramadhan yg selalu membawa perubahan. Pada saat inilah detik2 awal saya semakin mengenali seseorang..seseorang yang sahabat tinggalkan. Boleh jadi sahabat terlupa, akan sentiasa ada ruang ntok orang lain bersama sy andai dy x mampu bersama sy. Pada ketika ini, kepahitan yang tertinggal, seseorang inilah yang menghilangkannya. Rasa amarah pada sahabat, seseorang inilah yang meredakannya.. Seseorang ini menjadi tempat ntok sy melepaskan segalanya. Kemarahan sy, kesedihan sy, kekecewaan sy, kepenatan sy dan segala apa yg sy rasa. Hingga sy tidak sedar, saat ketiadaan seseorang ini, sy menjadi perindu.. Pada saat ini juga akhirnya sy x mampu ntok menolak. Andai telah ditakdirkan seseorang ini akan bersama sy, menemani dan mewarnai hari2 sy selepas kepergian sahabat, maka sekuat manapon kami saling menafikan, perasaan yg unik, tetap akan hadir juga. Tanpa jemu seseorang ini selalu berada disisi sy. Melayan ragam dan karenah sy. Menghulurkan tangan disaat kejatuhan sy dan menarik sy dari kejatuhan tersebut. Ramadhan pada kali itu, dipenuhi segalanya bersama seseorang tersebut. Dan dipendekkan cerita, pada Hari Lahirnya di bulan September, sy memutuskan untuk menyerahkan hati sy ini kepada seseorang tersebut dengan satu pesanan..”Andai satu masa nanti kamu juga seperti yang lain, yang mahu pergi dari kehidupan sy, maka pergilah dengan cara yg baik.. sebagaimana kehadiran kamu dalam kehidupan sy, agar sy dapat mengenang sesuatu yg baik antara kita” pada ketika itu juga, sy telah memutuskan, tiada lagi kasih buat sahabat..dan tiada lagi kasih buat yg lain selain dari keluarga, kekasih dan juga seseorang ini.. Biarpun sy tidak tahu sejauh mana hubungan kami dpt bertahan, namun sy akan terus berusaha menjadi yg baik dan yg terbaik buatnya…
Oktober telah dilalui..November telah ditempuhi dan Disember telah dihadapi.. Biarpun pada November yg lepas, terpalit satu lagi kepahitan buat sy dimana perkara yg paling sy kesalkan adalah dengan menjadikan dy sebahagian dari kehidupan sy, namun sy bersyukur sgt2.. Setidaknya sy tahu, siapa kawan2 sy yg sebenarnya dan untuk apa kawan2 sy bersama sy.. Pada pengakhiran tahun ini juga, sy bersyukur sgt2.. kerana seseorang yg telah sy serahkan hati sy kepadanya, masih lagi penjaga hati sy yg baik. Dan x keterlaluan rasanya jika sy menggelarkan seseorang tersebut sebagai “Penjaga Hati”. Biarpun adakalanya kami bermasam juga, namun segala yg terjadi, sy jadikan sebagai rujukan untuk lebih mengenali siapa seseorang tersebut. Buat Penjaga Hati, terima kasih kerana berusaha untuk selalu menjadi yang terbaik di hati sy. Terima kasih kerana menjaga sy ketika kesihatan sy terganggu. Terima kasih kerana berusaha untuk mendapat tempat di dalam keluarga sy, terima kasih kerana tidak pernah berputus asa untuk melayan ragam sy dan terima kasih untuk segalanya… Seikhlasnya, sy hargai semua tu, dan sy sygkan awk.. sgt2.. pada tangga yg kedua dihati sy..
P/S : Ntok Teman Tapi Mesra, jgn terasa hati andai tiada cerita kita disini. Kamu juga teman yg terbaik, yg pernah sy ada. Teman yg montel2 dan pujian harus sy berikan juga buat kamu, kerana masakan kamu, semuanya buat sy berselera...