Pages

21 Disember 2009

Azan & Kebijaksanaan Allah s.w.t

Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Coba Kita amati.. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratulmaut' .Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah,dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S..W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belum alunan Azan merata Indonesia selesai, Malaysia pula telah menyusulnya. Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India . Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq . Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pengeras suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

24 November 2009

Rindu...

Sejak2 nie, sy tak tahu kenapa secara tiba2 saya amat merindukan seseorang..seseorang yang cuba untuk saya lupakan dan saya berjaya melupakannya..mungkin kerana kesibukkan saya tapi saya perasan sesuatu, dua tiga hari yang lepas, saya betul2 rindukan seseorang tersebut.

Ego sangat ke saya nie? Hanya kerana kepentingan saya, saya terus menghukum dia dalam jangka waktu yang lama..kejam sangat ke saya nie? Hanya kerana kasih dan sayang, ianya akhirnya semakin menjarakkan kami..salah saya ke? seandainya saya terus membiarkan perkara nie menjadi berpanjangan...

Saya rindu...Rindu sangat2...Seandainya seseorang tersebut tahu yang saya sedang merinduinya, entah apalah agaknya yang dia akan lakukan..saya rindu setiap saat saya bersama dia. melalui kehidupan yang walaupun tidak menyenangkan tapi kami bahagia.. Saya rindu..pada gelak dan tawa kami dahulu. Walupun tak selalunya indah, tapi kami selesa. saya rindu..pada setiap kata2nya..walaupun selalu terjadi percanggahan pendapat, tapi kami serasi. Sejujurnya, saya masih tak mampu untuk menerima kehadiran yang lain kerana saya masih meletakkan harapan agar suatu masa nanti, seseorang tersebut akan bersama saya kembali. Mewarnai perjalanan kami.. saya hanya meletakkan sisa2 harapan..kerana saya sebenarnya telah penat untuk semua nie...

Dimana cacatnya kasih dan sayang saya??

Buat sahabat yang telah pergi dari saya, saya memerlukan kekuatan..tolonglah saya.. seandainya sahabat benar2 ingin pergi, tolonglah saya untuk melupakan sahabat. berilah saya kata putus agar saya tidak meletakkan sisa2 harapan untuk terus menanti kepulangan sahabat..

21 Oktober 2009

Terus bercinta!

Sebenarnya arie nie saya nak kongsi cerita tentang 1 buku. Tak lah katam lagi tapi pada saya seawal tajuknye pon dah cukup bagus bagi sesiapa jerk yang may be ade pengalaman yg x best dalam menjalinkan sesebuah hubungan. Tajuk buku ni Terus Bercinta! Bagaimana mengubati luka perpisahan & menjalani kehidupan dengan lebih positif. Entah mengapa tibe2 pada hari ahad yang lepas seorang teman menghadiahkan buku ini pada sy. Katanya buku ini dah lame disimpan sejak beberapa bulan yang lalu cume nak diberikan buku ini mestilah sesuai dengan keadaan sy. Pelik juga tapi saat sy membacanya semasa menunggu bas, hati sy tibe2 jadi betol2 tersentuh.

Buku nie karangan dari Ahmad Yusof Ibrahim. Baru semalam saya membacanya semula selepas kali terakhir saya menatapnya pada hari ahad. Tapi pembacaan sy sedikit terganggu apabila sy dapat satu panggilan telefon yg rasanye agak syahdu jugak lah.. Kadang2 dalam saya menjaga hati ramai pihak, tak sangka ade juga hati yang terluka kerana sy. Apa perlu sy buat. Perlu ke sy menjadi org yg hanya mementingkan kepentingan diri sendiri? Jadi, sedikit sebanyak, buku ini dapat membantu sy membuat keputusan..bukan ntok sape2 tapi ntok diri sy jugak..

Apepon, buat teman yg menhadiahkan sy buku nie, sy ucapkan terima kasih banyak2.. Sy terlepas pandang pada kasih yang laen hanya kerana kasih sy pada seseorg dan kerana itulah saya cukup tersentuh. Disaat saat begini, bukan sahabat yang membantu sy tapi seorang teman. Teman yg pernah ada cerita yg manis bersama sy tapi sygnya hubungan kami tak mampu pergi jauh.. sy x menyalahkan sahabat apabila dia tiba2 muncul semula didalam kehidupan sy, tapi sy menyalahkan diri sy sendiri kerana tak mampu ntok menghargai..

13 Oktober 2009

On My Second life Without Love...

Hari nie sy x brape chat..selsema sket..dan bole dikatakan tahon nie, walaupun jatoh pade tahon Lembu, tahon sy dan lembu dilahirkan, tp ianya kureng bertuah pada sy..dari awal tahon, tengah tahon sampai nak jumpe ujung tahon, sakit jerk manjang......nape ek? Nak kate lembu selsema, xde plak sy dengar selsema lembu...kalo selsema tut..tut..tut..tu adelah...( H1N1 )

On My Second Life Without Love merupekan cite sy pd kali ni..sedey siot bunyinyer.. bunyi jer dah sedey..belum lagi merasainyer..he3..sebenarnya skrg ni sy sdg mencube ntok meneguhkan aty sy. kalo boleh cum dulu, sy akan buat cum dulu. Menghilangkan diri dari pandangan teman2 wat seketika tapi sblm tu, sy akan selesaikan lu mane2 perkara yg patot.. sy bukan ego..tiada istilah ego langsung sbb pada sy, sy mmg perlu ntok wat sume ni.. "kebahagiaan seseorang yang sy syg terletak pada kegembiraannya". jika apa yg dilakukannya satu kegembiraan, maka sy bahagia mendengarnya. setidak tidaknya tanpa sy dia juga bahagia. Itulah sahabat sy. Entah dimana silapnya, dia tibe2 menghilang. Menghilang disaat -saat sy memerlukan sokongannya. Agaknya betol ke ape yg bakal sy lakukan nanti???

Boleh jadi ade sesuatu yg membuatkan sahabat tiba2 pergi. Mujurlah sy telah blajar ntok merasa kehilangan dan mujurlah sy pernah melalui ini pd satu masa lalu. Kerana itulah sy gemar menulis
On My Second Life Without Love. Sy belajar ntok memulakan kehidupan sy tanpa syg dari sahabat. Dan itulah yg cube sy teguhkan. Sy telah rehda dengan pemergian sahabat di iringi doa dan harapan yang berpanjangan, Mudah mudahan Allah akan menunjukkan jalan yg seterusnya buat sy. Disaat sy terjatuh, sy x memerlukan sape2 lagi untuk datang membantu. Sy x memerlukan sape2 lagi ntok datang meminjamkan bahu disaat sy ingin menangis. sy x memerlukan sape2 lagi ntok datang merawat kelukaan sy.. sy tak memerlukan sape2 lagi... cukuplah sy ada keluarga.. itu sudah memadai pd sy..

Buat sahabat, doa sy x pernah putus untuknya. Dia berhak untuk melakukan setiap ape yg dia suka. Dia harus pergi. seperti kata2nya dulu, Kehidupan dia bukan hanya ada sy. Carilah apa sahaja yang dia ingin. Berkawanlah dengan siapa sahaja yang dia mahukan. Sejujurnya, Sy tak kisah jika dia pergi tapi sy kisah sangat2 n kisah sangat2 bila pemergian dia adalah disaat dia tahu sy memerlukan dia. Tapi tak mengapa. Seperti yg telah sy perkatakan td, sy telah redha dengan segalanya. Dan seperti yang telah diperkatakan, sy akan lakukan sebagaimana sahabat telah lakukan.. bukankah itu adil bagi kedua pihak..




01 September 2009

Sekadar Renungan..


"Jangan tinggalkan orang yang kita sayang, untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka, akan meninggalkan kita untuk orang yang mereka sayang".



"Jangan cuba mendapatkan apa yang kita suka dengan membiarkan apa yang kita sayang, kerana orang yang kita suka akan membiarkan kita untuk mendapatkan apa yang mereka sayang".

Belajar


Salam ramadhan wat sume yg setia ngan citer2 sy slama nie..ntok sape2 bloggers baru yang terbaca, salam perkenalan sy ucapkan ikhlas dari sy. Hari nie sy wat catatan yg pertama dlm bulan september. Maklumlah sejak2 nie masa banyak dihabiskan bersama family dan teman2, so slalu ketidakcukupan masa ntok menulis blog. Kat luar skrg hujan ngah lebat. Cadang2 nak wat keje sket tp tetibe pc nie xleh on usb so, ade kelapangan nie, sy cuba lah ntok create citer2 yang x sempat ntok sy create..


Hari nie tajuk sy simple jer..Tentang Belajar..Pada sy belajar nie, samada sedar atau tak, kita tak pernah terlepas darinya.. Setat kecik2 lu, da blajar ntok merangkak, berjalan dan berlari.. bila dah besar sket, blajar ntok bercakap, menulis dan membaca. Bila dah membesar mcm sy nie, lagilah banyak perkara yg kita kena blajar..ngatkan makin besar makin pandai tapi rupe2nyer bodoh lagi bertingkat-tingkat..dalam istilah yg laen, Blajar jerk tinggi, tapi bodoh melangit. Apa yg sy cuba sampaikan bukanlah tentang kebodohan tapi tentang kecetekkan akal yang masih lagi tak digunakan.


Bercerita tentang blajar, sy sebenarnya sedang blajar sesuatu..Dulu tak terfikir pun sume nie tp ntahlah, sejak2 nie, sy banyak merenung kehidupan sy pada masa yang lepas. Pada sy, Kematangan bukan di ukur pada usia tetapi berdasarkan pengalaman yg dilalui.. Sy sedang belajar untuk merasa kehilangan.. kehilangan segalanya dalam hidup sy.. kerjaya sy, masa depan sy, Harapan sy, Impian sy, Cita2 sy, teman2 sy, keluarga sy..dan sahabat sy. Sy percaya pada sesuatu.. Kalau kita belajar untuk menyayangi, bermaksud kita juga harus belajar untuk merasa kehilangan.


Perjalanan sy masih jauh..Masih banyak soal kehidupan yg masih tak tercapai oleh sy.. Kematangan sy pd hari ini berdasarkan apa yang sy lalui sebelum2 ini. Jika sebelum nie sy rasa sy dah cukup dewasa, namun sebenarnya sy tersalah tafsir.. Jika sahabat boleh menyatakan bahawa Kehidupannya bukan hanya ada sy, sy juga boleh berkata sedemikian. Namun pd sy, masa ntok org2 yg sy syg tetap ada walau sesibuk manapun urusan seharian sy. Kekasih Separuh Masa sy pernah beritahu sy satu masa dahulu, Masa itu mmg slalu ada, cuma bergantung kpd kita ntok membahagi-bahagikan masa tersebut...

22 Jun 2009

Exam la...

Haduiiiiiii....ari nie ade exam la..2 paper plak tu. Satu paper Teknologi Logistik dan satu lagi Pengurusan Supply Chain..Ntah hape2 aje la yang saya dah jawab..

Boleh dikatakan hari yang tidak membosankan..pagi2 pukul 4 saya dan wanie dah bangun. Cadang2 nak pose tapi tersilap teknikal plak..wanie plak pepagi hari dah menari-nari..dah lah macam tu, boleh plak dia buat beranak anakkan sudu dan garpu..hahahaha!!!! wanie..wanie..

Kisah si Mun pula, pun lebih kurang same jugak. pepagi hari dah kena sambor dengan petir ( Gelaran bagi Ying )..hehehe...saya cuma mampu berkata-kata..Hambik kau..Padan muke kau..hahahah..dan selepas tu memang saye gelak giler2 ntok dorang room mate saya nie..

Sekarang nie, saya ada dalam doom 112. Group kak Hasnor.. si kecik sedang berbaring dikatil sambil menggaru garu kepala..mungkin terasa nikmatnya disitu.. si angah pula sedang melipat baju sambil bercerita tak sudah sudah..nak pergi JJ la..nak makan sate kajang la..nak beli garam la..ntah ape2 aje..siap leh nyanyi lagu nie lagi.."apo kono eh jang, ko monong ajo..orang ke bulan.."

Kak Hasnor pula tak bangun2 lagi tadi. Kemungkinan time dia lahir dulu, dia kembar dengan tilam..That y la dia kalau dah baring memang tak boleh bangun. Tapi dalam pada masa yang sama, tetap joint cerita sate kajang dengan angah. Dan nak joint pergi JJ. agaknya seronok sangat bila saya bayar RM18 hengget untuk duit minyak wangi Kenzo dan dengan duit tu lah dia berangan angan sangat nak pergi shopping kat JJ.

Sheila pula lagi tadi perhatikan saya. Sesekali dia baca buku sambil menggaru garu lengannya. Agaknya dia tertanya-tanya bilalah saya ni nak minum air cekelat yang dia buatkan tadi. Sheila ni orangnya lemah lembut..tapi kalo skali dia marah, semut nak buang air pon takot..

Buat wanie, mun, kak Hasnor, angah dan teman2 laen yang berpuasa ari nie, saya nak ucapkan selamat berbuka pose..Dan buat teman2 yang saya kejutkan tidur dorang dengan bacaan yassin tadi, saya minta maaf..tu ajelah cara yang saya ada untuk membangunkan anda..

Sekian Saje Ntok Ari nie..saya nak setop dulu. malam nie kami nak bincang tentang projek Model yang akan kami bentangkan nanti. Walaupun ianya satu pertandingan namun pada saya kalah atau menang, itu bukanlah satu perkara yang penting. Apa yang penting, Kerjasama dari kawan-kawan dan kepercayaan diri masing-masing..

Jangan Menduga Kemampuan Diri Sendiri Selagi Tidak Mencuba..

Video Kawan-kawan

Ni la video kawan-kawan saya yang sempat dirakamkan ketika mereka sedang sibuk bersama Ahli Nujum....

19 Jun 2009

My New Life ('',)

Salam dan selamat petang wat sumer yang membaca blog saya nie..

Actually agak lama juga saya tak meletakkan apa2 post atau perkembangan dari saya.
Cerita Tentang Sahabat pun saya tak berkesempatan lagi untuk menyambungnya. Bercerita tentang sahabat, saya sebenarnya berminat untuk berkongsi kisah kehidupan baru saya di tempat orang.

Saya kini berada di Negeri orang. Satu tempat yang tak pernah terlintas dihati saya untuk menjejakinya. Bukannya saya tak bangga menjadi anak malaysia tapi pada saya kehidupan di Bandar Kotaraya banyak cabarannya. Awal2 lagi kawan saya yang kini menetap di Kampung Baru dan bekerja sebagai Jururawat menasihatkan saya supaya kuat dari segi mental dan fizikal. Saya menghargai nasihatnya itu kerana pada saya, perkenalan kami yang singkat ketika berada di Terengganu dulu seolah olah tak logik yang dia mampu untuk membantu saya.

Sahabat2 saya juga ada disini. Lia kini sedang dalam pengajian di Winfield International College dalam bidang Kejururawatan manakala adik pula dengan tugasannya di KL Central. Walaupun kedudukan kami agak jauh namun pada kami ianya bukan penghalang untuk kami berjumpa dihujung minggu. Mereka adalah sahabat2 yang tak pernah jauh dihati saya. Dalam keadaan yang sebegini, saya akhirnya percaya, walau sesukar mana kehidupan saya bersama orang yang saya sayang, sekiranya kita ikhlas untuk memberi dan menerima, maka Insya Allah, tuhan akan sentiasa membantu kita untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.

Ditempat baru saya juga dikelilingi oleh ramai teman2 baru. Walaupun baru memasuki minggu ketiga dan rasanya masih terlalu awal untuk menilai, tetapi saya bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka. Tetap menjaga ukhwah dan agama. Kami disini jauh dari keluarga masing2 jadi teman2 adalah adik beradik dikala berjauhan bersama keluarga. Buat Norly, Shaila, Sue, Angah, Wanie, Mun & Ying, terima kasih yang tak terhingga kerana mengambil berat akan saya ketika saya kurang sihat baru2 nie. Dan kepada teman2 lain di SES saya akan tetap menjadi seseorang yang korang semua kenal. Disini saya dikenali dengan nama
Kementerian. Jarang rasanya dorang panggil saya dengan nama Azian. Apapun gelaran dorang, dan apapun pandangan dorang, saya tetap saya.....

02 Jun 2009

Cerita Tentang Sahabat

"Kemana pun kita pergi, kita tetap membawa hati yang sama "


saya cuba mengimbas-imbas kembali kata-kata nie yang pernah dituturkan oleh seseorang lebih kurang 7 tahun yang lepas..Zaman remaja yang saya lalui mungkin tidak sehebat teman2 seusia pada ketika itu namun pada saya ianya cukup sempurna dengan kehadiran sahabat2 saya yang sehingga kini pun kami masih lagi bersahabat baik.


Saya mengenali sahabat sejak dibangku sekolah. Detik awal pertemuan yang pada mulanya tidak membawa apa2 erti dalam hidup saya sebagai seorang pelajar telah berubah disebabkan satu salah faham diantara kami. Saya awalnya suka memperlekehkan sahabat. Mungkin kerana sikap sahabat yang suka sangat tidur dalam bas dan mungkin juga kerana pada ketika itu sahabat merupakan orang baru dalam bas kami. Dari cerita teman2 yang lain, sahabat rupanya baru berpindah..Saya memang selalu suka mentertawakan sahabat sampailah satu masa teman saya meminta supaya saya menjadi orang tengah diantara dia dan sahabat. Pada saya itu satu permintaan yang mudah dan tanpa berfikir panjang saya bersetuju untuk perkara itu.


Cerita bermula apabila satu hari, saya duduk betul2 bersebelahan dengan sahabat yang ketika itu sedang memandang diluar tingkap bas. Entah kenapa keadaan bas pada ketika itu lengang dan tak sesak seperti hari2 biasa. Dalam kepala time tu, saya dah merancang macam2 topik untuk dibualkan bersama sahabat dan saya memberanikan diri untuk menegur sahabat. Entah dimanalah silapnya lain yang hendak dibualkan lain pula yang terkeluar. Ayat pertama yang tergelincir dari bibir saya pada ketika tu ialah "awak nie memang suka ke tidur dalam bas?" Sahabat pada ketika itu memandang ke arah saya seketika sebelum tersenyum dan melepaskan semula pandangannya ke luar tingkap. Dan itulah kali pertama saya nampak senyuman sahabat. Dalam hati, saya menyumpah nyumpah kebodohan soalan saya tadi dan dalam pada masa yang sama, teman saya turut mentertawakan saya dari jauh. Saya faham kenapa teman tu ketawakan saya memandangkan pada sebelum2 nie jarang ada yang menolak apabila diajak berbual oleh saya dan kesudahannya saya hanya membiarkan sahabat terus memandang ke luar tingkap dan saya pula lebih selesa untuk mendiamkan diri.


Saya dan sahabat belajar di lain2 sekolah. Lazimnya saya yang akan turun dahulu dan saya masih ingat, ketika saya turun dan bas bergerak perlahan-lahan, sahabat melemparkan senyumannya sekali lagi kepada saya. Saya tertanya-tanya sendiri senyuman itu senyuman kerana apa? kerana kebodohan soalan saya tadi atau betul sahabat ikhlas? Lepas sesi persekolahan, saya terburu buru keluar. Tak sabar rasanya nak menungggu pakcik datang sebab sekolah saya adalah sekolah yang kedua terakhir dan ini bermakna, sahabat memang dah ada dalam bas. Sesampainya bas pakcik, saya naik dengan muke yang selambe dan tak sangka sahabat memberikan respon yang baik. Kami mula berbual-bual sehinggakan tak sedar yang pakcik dah pun memasuki lorong perumahan saya..rasa macam taknak turun aje time tu.. Sejak dari hari tu, Saya dan sahabat memang selalu berhubung. Tapi cuma didalam bas. Pada saya naik bas sesesak macam manapun, saya tak kisah dan sahabat pun dah tidak lagi dengan tabiatnya yang pada dulunya, suka sangat tidur dalam bas. Saya terlupa tujuan asal saya bersama sahabat sehinggalah pada satu ketika teman saya bertanyakan tentang niatnya. Saya berkira-kira mungkin esok adalah masa yang sesuai untuk saya berterus terang terhadap sahabat dan seperti yang dijanjikan, ke esokkan harinya, pada sebelah pagi saya memulakan bicara. " balik nie boleh tak awak turun kat blok saya? saya ada hal sket nak dibincangkan". Dan sahabat menjawab "ok, kita jumpa balik sekolah nanti". Sahabat kemudiannya melemparkan senyumannya yang pada saya agak berlainan dari sebelum2 nie..


Saya menjalani waktu sekolah pada hari tu dengan hati yang berbunga-bunga. Tak sabar rasanya nak beritahu pada teman tentang berita baik yang bakal dia dengar. Saya bangga kerana saya dah mengotakan apa yang saya janjikan. Pada saya samada saya bersama sahabat atau tidak, perkara itu biasa2 sahaja. Sahabat tidak mendatangkan apa2 pengertian dalam life saya sampailah habis waktu persekolahan, kami berbual-bual lagi didalam bas seperti biasa. Setibanya di perumahan saya, sahabat turun, mengekori saya dari belakang dan kami duduk di bangku yang telah disediakan di kawasan perumahan saya. Pada awalnya perbualan kami biasa2 aja namun suasana berubah menjadi tegang apabila sahabat tahu tujuan sebenar saya berkawan dengan dia. Sahabat akhirnya meminta diri untuk balik dan meninggalkan saya dalam keadaan yang tercengang cengang dengan kata2nya yang terakhir.


To Be Continue..

01 Jun 2009

Saya Akur...

Selamat Petang wat sumer..
Ari nie adalah bulan baru dan ini adalah post sy yg pertama ntok bulan nie..diam x diam dah pon stengah tahon..masa datang dan pergi..tapi sy tetap macam nie..
Sejak seminggu nie, life sy agak membosankan..tiap hari sy berdepan dengan masalah yang akhirnya wat sy jd tertekan. Sy x tahu nak mengadu pd siapa. Kalo dulu sy ade seseorang yang sanggup menjadi pendengar setia sy, yg slalu ade dcc sy..tp skrg sy xde seseorang tu..Saya harap sgt2 disaat-saat sy cum ni dia ade bersama sy. tapi.........


Apepon sy seharusnya bersyukur..Walaupun tuhan telah menguji sy dengan berbagai bagai ujian yang x termampu sy hadapi, tp setidak tidaknya disaat saat cumni lah baru sy kenal siapa orang yang slalu berada di belakang sy..yg menghulurkan tangan dikala sy terjatuh..yang memapah disaat sy terluka..Terima Kasih Ya-Allah..Sesungguhnya aku adalah hambamu yang x terdaya dengan ujian mu kali ini..



Buat pihak yang membantu, sy mmg tak tahu nak balas bagaimana tapi seikhlasnya, sy tak kan lupa budi yang ditabur smpailah sy mati..mereka2 inilah yg akan sy bantu apabila tiba satu masa nanti, mereka memerlukan bantuan sy..Minggu depan sy akan berhijrah ke tempat yg baru..mencari rezeki di negeri orang..sy pergi bukan kerana sy tak mahu bekerja di negeri sendiri..dan sy pergi bukan kerana sy membelakangkan keluarga sy..tapi sy pergi kerana terpaksa..sy terpaksa melupakan apa yang sy suka..sy terpaksa meninggalkan apa yang sy sayang..Buat Ayah dan Ibu sy, sy minta maaf sgt2!! Sy tabahkan hati sy sendiri untuk semua ujian dari Allah ni..Dengan harapan sy akan jd lebih matang..Belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri..Sy tak mengharapkan apa2 dari keluarga sy, cukuplah sekadar saya mendapat Restu mereka dan memadailah sekiranya mereka terus menyokong sy..Andai ini yang Allah mahukan dari sy, SAYA AKUR....