Pages

19 Jun 2009

My New Life ('',)

Salam dan selamat petang wat sumer yang membaca blog saya nie..

Actually agak lama juga saya tak meletakkan apa2 post atau perkembangan dari saya.
Cerita Tentang Sahabat pun saya tak berkesempatan lagi untuk menyambungnya. Bercerita tentang sahabat, saya sebenarnya berminat untuk berkongsi kisah kehidupan baru saya di tempat orang.

Saya kini berada di Negeri orang. Satu tempat yang tak pernah terlintas dihati saya untuk menjejakinya. Bukannya saya tak bangga menjadi anak malaysia tapi pada saya kehidupan di Bandar Kotaraya banyak cabarannya. Awal2 lagi kawan saya yang kini menetap di Kampung Baru dan bekerja sebagai Jururawat menasihatkan saya supaya kuat dari segi mental dan fizikal. Saya menghargai nasihatnya itu kerana pada saya, perkenalan kami yang singkat ketika berada di Terengganu dulu seolah olah tak logik yang dia mampu untuk membantu saya.

Sahabat2 saya juga ada disini. Lia kini sedang dalam pengajian di Winfield International College dalam bidang Kejururawatan manakala adik pula dengan tugasannya di KL Central. Walaupun kedudukan kami agak jauh namun pada kami ianya bukan penghalang untuk kami berjumpa dihujung minggu. Mereka adalah sahabat2 yang tak pernah jauh dihati saya. Dalam keadaan yang sebegini, saya akhirnya percaya, walau sesukar mana kehidupan saya bersama orang yang saya sayang, sekiranya kita ikhlas untuk memberi dan menerima, maka Insya Allah, tuhan akan sentiasa membantu kita untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.

Ditempat baru saya juga dikelilingi oleh ramai teman2 baru. Walaupun baru memasuki minggu ketiga dan rasanya masih terlalu awal untuk menilai, tetapi saya bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka. Tetap menjaga ukhwah dan agama. Kami disini jauh dari keluarga masing2 jadi teman2 adalah adik beradik dikala berjauhan bersama keluarga. Buat Norly, Shaila, Sue, Angah, Wanie, Mun & Ying, terima kasih yang tak terhingga kerana mengambil berat akan saya ketika saya kurang sihat baru2 nie. Dan kepada teman2 lain di SES saya akan tetap menjadi seseorang yang korang semua kenal. Disini saya dikenali dengan nama
Kementerian. Jarang rasanya dorang panggil saya dengan nama Azian. Apapun gelaran dorang, dan apapun pandangan dorang, saya tetap saya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan