Pages

02 Jun 2009

Cerita Tentang Sahabat

"Kemana pun kita pergi, kita tetap membawa hati yang sama "


saya cuba mengimbas-imbas kembali kata-kata nie yang pernah dituturkan oleh seseorang lebih kurang 7 tahun yang lepas..Zaman remaja yang saya lalui mungkin tidak sehebat teman2 seusia pada ketika itu namun pada saya ianya cukup sempurna dengan kehadiran sahabat2 saya yang sehingga kini pun kami masih lagi bersahabat baik.


Saya mengenali sahabat sejak dibangku sekolah. Detik awal pertemuan yang pada mulanya tidak membawa apa2 erti dalam hidup saya sebagai seorang pelajar telah berubah disebabkan satu salah faham diantara kami. Saya awalnya suka memperlekehkan sahabat. Mungkin kerana sikap sahabat yang suka sangat tidur dalam bas dan mungkin juga kerana pada ketika itu sahabat merupakan orang baru dalam bas kami. Dari cerita teman2 yang lain, sahabat rupanya baru berpindah..Saya memang selalu suka mentertawakan sahabat sampailah satu masa teman saya meminta supaya saya menjadi orang tengah diantara dia dan sahabat. Pada saya itu satu permintaan yang mudah dan tanpa berfikir panjang saya bersetuju untuk perkara itu.


Cerita bermula apabila satu hari, saya duduk betul2 bersebelahan dengan sahabat yang ketika itu sedang memandang diluar tingkap bas. Entah kenapa keadaan bas pada ketika itu lengang dan tak sesak seperti hari2 biasa. Dalam kepala time tu, saya dah merancang macam2 topik untuk dibualkan bersama sahabat dan saya memberanikan diri untuk menegur sahabat. Entah dimanalah silapnya lain yang hendak dibualkan lain pula yang terkeluar. Ayat pertama yang tergelincir dari bibir saya pada ketika tu ialah "awak nie memang suka ke tidur dalam bas?" Sahabat pada ketika itu memandang ke arah saya seketika sebelum tersenyum dan melepaskan semula pandangannya ke luar tingkap. Dan itulah kali pertama saya nampak senyuman sahabat. Dalam hati, saya menyumpah nyumpah kebodohan soalan saya tadi dan dalam pada masa yang sama, teman saya turut mentertawakan saya dari jauh. Saya faham kenapa teman tu ketawakan saya memandangkan pada sebelum2 nie jarang ada yang menolak apabila diajak berbual oleh saya dan kesudahannya saya hanya membiarkan sahabat terus memandang ke luar tingkap dan saya pula lebih selesa untuk mendiamkan diri.


Saya dan sahabat belajar di lain2 sekolah. Lazimnya saya yang akan turun dahulu dan saya masih ingat, ketika saya turun dan bas bergerak perlahan-lahan, sahabat melemparkan senyumannya sekali lagi kepada saya. Saya tertanya-tanya sendiri senyuman itu senyuman kerana apa? kerana kebodohan soalan saya tadi atau betul sahabat ikhlas? Lepas sesi persekolahan, saya terburu buru keluar. Tak sabar rasanya nak menungggu pakcik datang sebab sekolah saya adalah sekolah yang kedua terakhir dan ini bermakna, sahabat memang dah ada dalam bas. Sesampainya bas pakcik, saya naik dengan muke yang selambe dan tak sangka sahabat memberikan respon yang baik. Kami mula berbual-bual sehinggakan tak sedar yang pakcik dah pun memasuki lorong perumahan saya..rasa macam taknak turun aje time tu.. Sejak dari hari tu, Saya dan sahabat memang selalu berhubung. Tapi cuma didalam bas. Pada saya naik bas sesesak macam manapun, saya tak kisah dan sahabat pun dah tidak lagi dengan tabiatnya yang pada dulunya, suka sangat tidur dalam bas. Saya terlupa tujuan asal saya bersama sahabat sehinggalah pada satu ketika teman saya bertanyakan tentang niatnya. Saya berkira-kira mungkin esok adalah masa yang sesuai untuk saya berterus terang terhadap sahabat dan seperti yang dijanjikan, ke esokkan harinya, pada sebelah pagi saya memulakan bicara. " balik nie boleh tak awak turun kat blok saya? saya ada hal sket nak dibincangkan". Dan sahabat menjawab "ok, kita jumpa balik sekolah nanti". Sahabat kemudiannya melemparkan senyumannya yang pada saya agak berlainan dari sebelum2 nie..


Saya menjalani waktu sekolah pada hari tu dengan hati yang berbunga-bunga. Tak sabar rasanya nak beritahu pada teman tentang berita baik yang bakal dia dengar. Saya bangga kerana saya dah mengotakan apa yang saya janjikan. Pada saya samada saya bersama sahabat atau tidak, perkara itu biasa2 sahaja. Sahabat tidak mendatangkan apa2 pengertian dalam life saya sampailah habis waktu persekolahan, kami berbual-bual lagi didalam bas seperti biasa. Setibanya di perumahan saya, sahabat turun, mengekori saya dari belakang dan kami duduk di bangku yang telah disediakan di kawasan perumahan saya. Pada awalnya perbualan kami biasa2 aja namun suasana berubah menjadi tegang apabila sahabat tahu tujuan sebenar saya berkawan dengan dia. Sahabat akhirnya meminta diri untuk balik dan meninggalkan saya dalam keadaan yang tercengang cengang dengan kata2nya yang terakhir.


To Be Continue..

1 ulasan: