Pages

15 April 2012

Sayang Kontrak

Ade ke?? Hehehehe…setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia luahan saya kata saya rasa, arini saya kembali dengan tajuk Sayang Kontrak. Macam kelakar entry nie tapi perkara-perkara yang macam nie amat jarang-jarang berlaku dan pada mereka mereka yang pernah atau sedang melaluinya kemungkinan melalui pelbagai perkara pahit manis yang x dapat di ungkapkan. Adakah saya juga sedang melaluinya??? Hehehehe… Cum movie 3 Temujanji, saya sendiri x tahu apakah saya sedang melaluinya ataw tidak. Sahabat meminta saya untuk saling menjaga hati selama tempoh 6 bulan dimana pengakhiran tempoh tersebut adalah pada bulan 8 dan saya x menjanjikan apa-apa buat sahabat pada ketika itu kerana saya tahu, saya bukanlah penjaga hati yang baik. Apa yang saya katakan, saya akan berusaha untuk selalu bersama sahabat. Melewati kembali persahabatan kami seperti suatu masa dahulu dan menunaikan setiap impiannya selagi saya mampu dan terdaya. Sedar x sedar tempoh kontrak kami hanya tinggal 3 bulan saje lagi. Bila direnungkan kembali, setelah saya dengan rela mencipta segalanya, adakah saya juga dengan rela akan melepaskan semuanya???



Buat sahabat, tiada apa yang dapat saya ungkapkan selain dari satu kata-kata “Terima Kasih”. Terima kasih kerana menjadi pendengar setia saya selama tempoh kontrak ini. Mendengar setiap keluh kesah saya tanpa mengambil kira apepun cerita tersebut. Biarpun adakalanya sahabat agak marah, tapi saya tahu sahabat sebenarnya merasa ketidakpuasan hati kerana selama ini sahabat menjaga saya dengan baik malahan cukup baik. Terima kasih kerana walau sahabat berasa marah sekalipun, sahabat tetap memberikan pandangan dan ulasan yang kemudianya membuatkan saya terfikir kembali. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya biar apepon keadaan saya. Meminjamkan bahu buat saya bersandar disaat saya merasa keletihan, meminjamkan tangan buat saya merasa yakin disaat saya terkeliru, memulangkan kembali senyuman dan ketawa saya disaat saya merasa kepayahan dan tidak kira apa keadaan, sahabat tetap mengutamakan perasaan saya sekalipun saya sedar sahabat mungkin terluka kerana saya.. Kerendahan hati sahabat inilah yang membuatkan sehingga kini pun, saya masih bersama sahabat. Bukankah sesuatu perhubungan yang melalui kepayahan biasanya akan berakhir dengan kesenangan kerana kepayahan untuk mendapatkan sesuatu itu akan membuatkan kita lebih menghargainya apabila kita dapat memilikinya…



Buat seseorang yang dihati saya pada ketika ini, maafkan saya diatas segala kesedihan awak. Asalkan awak tahu, Dalam apa keadaan, awak tetap keutamaan saya tapi sayangnya mata awak telah tertutup dengan kehadiran sahabat. Hati awak penuh dengan kecurigaan dan pernahkah awak tahu segalanya telah menjeruk rasa dihati saya.. Saya akui saya agak berubah sejak kebelakangan ini tapi perubahan saya bukan kerana sahabat. Banyak perkara yang telah kita tinggalkan hinggakan kemanisan tersbut x dapat dirasai kembali. Ape yang terungkap pada waktu ini hanyalah perasaan dan jujurnya saya dalam keadaan yang tidak selesa tiapkali soal perasaan dibangkitkan antara kita sedangkan hal-hal lain kita ketepikan. Saya minta maaf. Mungkin betol kata awak, sukar nak memahami saya dan mungkin betol jugak pendapat kawan-kawan awak tentang susahnya memahami saya tapi pada saya orang lain hanya mampu memberikan pandangan tentang ape yang mereka lihat tanpa tahu dengan jelas apa yang ada dihati saya. Jadi untuk awak yang bersama saya, selagi awak mampu bertahan, bertahanlah….. tapi andaikata awak sudah merasa putus asa saya x berhak untuk melarang awak dari terus disisi saya..

Saya sesungguhnya merasa sukar untuk pertahankan hak saya biarpun saya tahu saya berkemampuan..

19 Mei 2011

0107110207(08)03(03)+03+05?????

Hehehehe…cum klakar jer tajuk arini…agak terpening-pening sket ngan setiap angka yang ada. Nak kata nombor ekor, panjang la sangat..Nak kata nombor bertuah, boleh jadi la jugak kot..tapi yang sebenarnyer, ini adalah Intro ntok saya membuka cerita pada entry kali nie..

Actually, angka-angka yang diatas nie merupakan bulan-bulan kelahiran orang-orang yang terpenting dan tersayang ( bagai nak maty ) dalam life saya.. Bermula dari ayah, ma, abang-abang, kakak dan abang ipar, saya dan adik, anak saudara sulung sampailah yg baru dilahirkan.. Opsssss…Baru??? That why la 05 tue ade symbol tanda Tanya..hehehe..Tanggal 17.05.2011 tepat jam 13:57pm yg lepas, saya baru jer menerima kedatangan ‘orang baru’ dalam keluarga saya.. kecik jer budaknyer tapi Nampak cum da ligat semacam jer.. Alhamdulillah..Kakak saya telah selamat melahirkan bayi seberat 2.37kg dan segalanya berjalan dengan lancar walaupun ibu dan baby kene tahan di Hospital ( Sultan Ismail ) selama 2½ hari..

Agak bersemangat ntok semakin meningkatkan tahap diri sendiri dengan adanya mereka-mereka ini disekeliling saya. BeRsEmaNgaTnyErrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!

12 Januari 2011

Mengatakan apa yang dirasakan...

Cuaca agak baik hari ini dan semalam. Segalanya pon agak baik dan semangat saya pon bertambah tambah baik ngan cuaca yang baik ni..Pendek kata sumenyer pon baik dan kalo nak dipanjangkan kata sumernyer baikkkkkkkkkkkkkk...Hurm...Baik..Baik..Baik...

Ini merupakan post saya yang pertama bagi tahun 2011 nie..Cadang2 macam nak menyambung ape yang x disambung tapi bile difikir-fikirkan kembali, itukan hal tahun lepas..Jadi biarlah hal yang lepas tersimpan kemas dalam lipatan kenangan saya sendiri..Tahun nie juga merupakan tahun saya tanpa azam. Tapi saya mempunyai matlamat..Hurm azam dan matlamat tu same ke x ek? Eh silap..silap..Saya menetapkan tahun 2011 nie ngan pelbagai sasaran. Harap2 segalanya akan berjalan dengan lancar..

Tahun 2010 membentangkan pelbagai peristiwa pahit dan manis. Yang mengugat perhubungan..Yang mengugat kerjaya..Dan segalanya..Malah, 2010 juga menyaksikan seseorang yg dulu pernah menjadi "sahabat" terbaik saya kini seolah-olah "mematikan" saya sehinggakan dalam FB pon saya telah perasan mengenainya..Macam klakar jer..Hubungan yang sebelumnya ok tapi kerana jalan yg saya pilih, maka dy pon nekad kot nak uat cumtu..heheh..Pape pon, untuk seseorang yang pernah menjadi yg pertama dihati saya dulu, Moga 2011 nie menjanjikan kebahagiaan yang lebih bererti buat kamu..

Tahun 2010 jugalah saya memang perasan, org2 yang dulu disisi saya, pergi sedikit demi sedikit..Slow2 jer pergerakkannya tapi kesudahannya, saya perasan juga. Cuma perlu ker saya memujuk..Merayu..atau menagih simpati untuk mereka kembali bersama saya? Oh tidak..tidak...Saya bukanlah manusia yang hidupnya seperti pokok api2..Memerlukan bantuan pohon yang lain untuk terus hidup..Saya percaya, andai saya merasa kehilangan, Insya Allah, Tuhan akan menggantikan yang lebih baik dari itu. Jadi andai mereka ingin pergi, saya relakan dengan membuka pintu hati, mudah2an, ada hati lain yang akan terpandangkan pintu hati saya yang terbuka itu..Mungkin kehidupan mereka akan lebih baik tanpa saya..

Apepon, permulaan 2011 saya amat sempurna ketika ini. Disamping keluarga yang x pernah terhenti menjadi tulang belakang saya, disamping adik yang kini memang berubah giler2 dan disamping teman2 yang baru..Segalanya memang sempurna dan 3 perkara ini cukup buat saya rasa melalui kehidupan yang amat lengkap. Buat ayah yang bertambah usia pada 01.01.2011 yang lepas, tiada ape yang saya harapkan selain diberi kesempatan untuk melalui 2011 ini dengan kehidupan yang lebih baik dan dilindungi dalam ape jua yang dilakukannya. Buat adik pula, terima kasih kerana sehingga ke hari ini pon, kita masih lagi bersama walaupun telah melalui 365 hari yang lepas dengan penuh suka dan duka. Doa yang sama juga diharapkan sempena 01.01.2011 mudah2an, tahun ini kita lebih matang dalam mencorak perhubungan kita dan andai kita bahagia, maka tunjukkanlah kepada orang lain bahawa kita benar2 bahagia.. Bersikap lebih terbuka dan lebih relevan..hehehehehe...Adik yang kini bukan sahaja bertindak sebagai adik, malahan saya telah melakukan anjakan paradigma untuk menganggapnye jua sebagai seorang kawan, teman dan juga SAHABAT. Bukankah SAHABAT saya yang dulu telah hilang?? Hehehehe....

"Antara kita memang banyak perbezaannya..Bagai langit dengan bumi..Tapi bukankah perbezaan itu akhirnya akan semakin mengukuhkan..kerana langit dan bumi itu sebenarnya kan telah bercantum.."

07 Oktober 2010

Maaf...

Sekarang nie, saya dah berada di tempat saya. Alhamdulillah..Walaupun kali nie sy balik dengan memandu sendiri,tapi tuhan telah melindungi saya disepanjang perjalanan. Dan disepanjang perjalanan, bermacam macam perkara yang bermain dimata saya satu persatu. Sejujurnya saya masih diulit seribu satu rasa perasaan. Entah apa yang saya mahukan, saya sendiri x tahu. Dan mungkin kerana kecelaruan serta kekeliruan yang menghantui inilah yg membuatkan saya x sedar, atau boleh jadi saya sedar, betapa ada hati yang terluka, yang terasa dan yang kecewa kerana saya. Tapi siapa saya untuk menghalang semua tu..Kadangkala, dalam saya berusaha untuk menjaga hati semua pihak, saya x sedar, ada juga hati yang tercalar kerana saya. Dalam saya berusaha untuk menjaga hati orang lain, bagaimanapula dengan hati saya?

Sungguh! Saya x mahu minta apa2 dari setiap orang yang saya sayang. Cukuplah andai mereka dapat memberi saya waktu, untuk saya mencari dimana kelemahan saya yang perlu menjadi kekuatan dimata mereka. Cukuplah andai mereka memberi saya ruang, untuk memperbaiki kelemahan yang perlu menjadi kebanggaan dimata mereka. Sungguh! Saya telah berusaha untuk melakukan apa sahaja sebaik yang mungkin. Saya telah berusaha untuk membahagikan rasa kasih yang ada, mencurahkan rasa sayang yang ada. Namun, perlu banyak mana lagi yang perlu saya pertaruhkan untuk membuatkan saya rasa segalanya adalah berbaloi...Sungguh! saya rasa seolah-olah semuanya seolah-olah tidak dihargai..Didalam kepayahan saya membina sebuah empayar kasih untuk dinikmati oleh setiap orang2 yang saya sayang, kesilapan saya masih lagi mencacati empayar tersebut. Kekurangan saya masih lagi menjadi simbol empayar tersebut dan Kelemahan saya masih lagi mewarnai empayar tersebut. Sungguh! Perlu apa lagi untuk saya lakukan agar segalanya kelihatan sempurna?

Buat mereka yang tersayang..

Tangan saya hanya ada dua..Dan hati saya adakalanya juga tidaklah setabah yang disangka. Walaupun dari nyatanya saya kuat untuk mengharungi segalanya, namun saya masih memerlukan bantuan dari orang yang saya sayang. Menghulurkan tangan disaat saya terjatuh dan memimpin saya dari perjalanan yang menyakitkan. Saya masih memerlukan hati orang yang saya sayang agar saya tahu, saya tidak keseorangan. Sungguh! Saya malu untuk menunjukkan saya lemah dimata mereka yang saya sayang. Jauh sekali untuk menumpahkan air mata saya. Tapi saya masih manusia biasa. Saya juga menangis apabila saya rasa saya perlu untuk menangis. Saya juga merasa lemah apabila saya rasa saya perlu untuk merasa lemah. Tapi siapa yang ada disisi saya ketika saya melalui kesedihan dan kelemahan tersebut. Saya menenangkan orang2 yang saya sayang tapi dimana mereka ketika saya merasakan ketidaktenangan...Adakah saya ini menyukarkan kehidupan orang2 yang sayang? Adakah saya ini hanya layak untuk menjadi beban pada orang2 yang saya sayang....

Buat Mereka Yang Saya Sayang,

Saya minta maaf. Tiada kata lain yang dapat saya ungkapkan selain dari kata2 tersebut. Andai Maaf saya ini tidak cukup, saya rela untuk hukuman yang selanjutnya. Ianya agak sukar untuk saya melalui kehidupan ini tanpa sokongan dari orang2 yang saya sayang dan terlalu sukar tanpa rutin harian yang kita lalui bersama. Saya merasakan bahawa saya kini berada didunia yang cukup asing. Saya x tahu apa yang perlu saya lakukan andai segalanya menjadi kesilapan dimata orang2 yang saya sayang. Andai ini yang perlu saya terima, saya redha dan sejujurnya saya akan redha dengan segalanya. Mungkin hati orang cukup keras, namun hati saya x mampu untuk menjadi sedemikian. Saya mengorbankan segalanya namun andai itu masih tidak memadai, saya rela untuk berputus asa...

"tatap mataku dan kau kan tahu..semuanya yang ku rasakan"

23 Ogos 2010

Hanya Tuhan Yang Tahu..

Semalam seperti biasa adalah hari Ahad, dimana sepertimana ahad2 yang dilalui sebelum2 nie, sy x pernah ketinggalan ntok menonton cerita aksi kegemaran saya iaitu Smallville musim ke 7. Untuk episode 7 nie, yg bertajuk Wrath pada saya, saya semakin teruja untuk terus menonton sebab ntok episode kali ni, Cinta Clark yang selama ni setia pada Lana akhirnya seperti tergugat hanya dengan kata-kata Lex. Lex sebenarnya still x dapat nak menerima perpisahan perkahwinannya dengan Lana dan dy jugak x dapat nak menerima yang hubungan antara Clark dan Lana semakin intim.

Perselisihan faham telah muncul apabila Lana cuba membuktikan pada dunia kisah kekejaman Lex dimana Lana telah merancang segalanya secara sendirian dan ini telah membuatkan Clark seperti hilang kepercayaan terhadap Lana sebaik sahaja mendapat tahu perkara ini. Walaupun tujuan Lana untuk melindungi orang yang dia sayang iaitu Clark, tapi dy sendiri x menyangka tindakan dy sebenarnya telah membuatkan Clark berkecil hati. Tambah memburukkan keadaan apabila Lex mengambil kesempatan ini dengan perang psikologi terhadap Clark dan Lana. Clark agak percaya dan perasaannya pada Lana agak tergugat, bagaimanapun Lana plak sebaliknya. Lana cuba ntok memperbaiki hubungannya dengan Clark sebab dy tahu Lex adalah orang yang akan berbuat apa sahaja ntok kepentingan dirinya.

Kesudahan citer nie semalam ialah apabila, semua orang terutamanya Chloe yang sebenarnya memendam perasaan dalam diam terhadap Clark, menyalahkan Lana sedangkan tujuan Lana sebenarnya adalah untuk melindungi Clark sebab Lex dah mengugut ntok membunuh Clark. Di penghujung cerita, Clark dan Lana duduk bersama dan Clark secara terang-terangan menyatakan bahawa dy x percaya pada cinta lana sedangkan Lana plak berusaha meyakinkan Clark bahawa dy bukanlah seperti apa yang Clark fikirkan.

Pada saya, saya agak bersimpati dengan Lana. Dy melakukan sesuatu ntok org yang dy sayang, tapi tindakan nya itu membuatkan hubungan dy dan org yg dy sayang tu menjadi taruhan hanya kerana dy membuat keputusan tanpa meminta pandangan. Mungkin itu kesilapan dy, sebab saya juga pernah melalui perkara yang sama dalam perhubungan yg dulu tapi kadang2 apabila kita terlalu kasihkan seseorang, pada saya, saya rela melakukan apa sahaja biarpun nyawa saya menjadi taruhan. Seribu kata-kata sayang sekalipun belum tentu mampu menggambarkan hati kita yang sebenar, malahan kadang2 dengan hanya renungan mata dan bahasa tubuh, sudah cukup mencerminkan apa yang kita rasa. Saya percaya pada seseuatu. Apabila kita menyayangi seseorang dengan ikhlas, jujur dan telus, tuhan sebenarnya telah menyatukan hati kita maka kerana itulah bahasa badan dan pandangan mata sudah cukup memberikan pengertian yang terkesan dalam hati masing2.

Dalam perhubungan juga, x pernah xde dugaan walaupun hubungan tu dah bertahan bertahun-tahun lamanya. Saya sekalipun, banyak melakukan kesilapan bersama orang2 yang saya sayang maka kerana itulah untuk perhubungan yang baru nie, saya lebih berhati-hati. Mungkin kata-kata saya tidak bermakna apa2 tetapi tindakan saya rasanya sudah cukup mencerminkan betapa saya kini benar2 mengharapkan agar perhubungan diantara saya dan Honey Dew akan bertahan dalam jangkawaktu yang panjang….