Pages

22 Jun 2009

Exam la...

Haduiiiiiii....ari nie ade exam la..2 paper plak tu. Satu paper Teknologi Logistik dan satu lagi Pengurusan Supply Chain..Ntah hape2 aje la yang saya dah jawab..

Boleh dikatakan hari yang tidak membosankan..pagi2 pukul 4 saya dan wanie dah bangun. Cadang2 nak pose tapi tersilap teknikal plak..wanie plak pepagi hari dah menari-nari..dah lah macam tu, boleh plak dia buat beranak anakkan sudu dan garpu..hahahaha!!!! wanie..wanie..

Kisah si Mun pula, pun lebih kurang same jugak. pepagi hari dah kena sambor dengan petir ( Gelaran bagi Ying )..hehehe...saya cuma mampu berkata-kata..Hambik kau..Padan muke kau..hahahah..dan selepas tu memang saye gelak giler2 ntok dorang room mate saya nie..

Sekarang nie, saya ada dalam doom 112. Group kak Hasnor.. si kecik sedang berbaring dikatil sambil menggaru garu kepala..mungkin terasa nikmatnya disitu.. si angah pula sedang melipat baju sambil bercerita tak sudah sudah..nak pergi JJ la..nak makan sate kajang la..nak beli garam la..ntah ape2 aje..siap leh nyanyi lagu nie lagi.."apo kono eh jang, ko monong ajo..orang ke bulan.."

Kak Hasnor pula tak bangun2 lagi tadi. Kemungkinan time dia lahir dulu, dia kembar dengan tilam..That y la dia kalau dah baring memang tak boleh bangun. Tapi dalam pada masa yang sama, tetap joint cerita sate kajang dengan angah. Dan nak joint pergi JJ. agaknya seronok sangat bila saya bayar RM18 hengget untuk duit minyak wangi Kenzo dan dengan duit tu lah dia berangan angan sangat nak pergi shopping kat JJ.

Sheila pula lagi tadi perhatikan saya. Sesekali dia baca buku sambil menggaru garu lengannya. Agaknya dia tertanya-tanya bilalah saya ni nak minum air cekelat yang dia buatkan tadi. Sheila ni orangnya lemah lembut..tapi kalo skali dia marah, semut nak buang air pon takot..

Buat wanie, mun, kak Hasnor, angah dan teman2 laen yang berpuasa ari nie, saya nak ucapkan selamat berbuka pose..Dan buat teman2 yang saya kejutkan tidur dorang dengan bacaan yassin tadi, saya minta maaf..tu ajelah cara yang saya ada untuk membangunkan anda..

Sekian Saje Ntok Ari nie..saya nak setop dulu. malam nie kami nak bincang tentang projek Model yang akan kami bentangkan nanti. Walaupun ianya satu pertandingan namun pada saya kalah atau menang, itu bukanlah satu perkara yang penting. Apa yang penting, Kerjasama dari kawan-kawan dan kepercayaan diri masing-masing..

Jangan Menduga Kemampuan Diri Sendiri Selagi Tidak Mencuba..

Video Kawan-kawan

Ni la video kawan-kawan saya yang sempat dirakamkan ketika mereka sedang sibuk bersama Ahli Nujum....

19 Jun 2009

My New Life ('',)

Salam dan selamat petang wat sumer yang membaca blog saya nie..

Actually agak lama juga saya tak meletakkan apa2 post atau perkembangan dari saya.
Cerita Tentang Sahabat pun saya tak berkesempatan lagi untuk menyambungnya. Bercerita tentang sahabat, saya sebenarnya berminat untuk berkongsi kisah kehidupan baru saya di tempat orang.

Saya kini berada di Negeri orang. Satu tempat yang tak pernah terlintas dihati saya untuk menjejakinya. Bukannya saya tak bangga menjadi anak malaysia tapi pada saya kehidupan di Bandar Kotaraya banyak cabarannya. Awal2 lagi kawan saya yang kini menetap di Kampung Baru dan bekerja sebagai Jururawat menasihatkan saya supaya kuat dari segi mental dan fizikal. Saya menghargai nasihatnya itu kerana pada saya, perkenalan kami yang singkat ketika berada di Terengganu dulu seolah olah tak logik yang dia mampu untuk membantu saya.

Sahabat2 saya juga ada disini. Lia kini sedang dalam pengajian di Winfield International College dalam bidang Kejururawatan manakala adik pula dengan tugasannya di KL Central. Walaupun kedudukan kami agak jauh namun pada kami ianya bukan penghalang untuk kami berjumpa dihujung minggu. Mereka adalah sahabat2 yang tak pernah jauh dihati saya. Dalam keadaan yang sebegini, saya akhirnya percaya, walau sesukar mana kehidupan saya bersama orang yang saya sayang, sekiranya kita ikhlas untuk memberi dan menerima, maka Insya Allah, tuhan akan sentiasa membantu kita untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.

Ditempat baru saya juga dikelilingi oleh ramai teman2 baru. Walaupun baru memasuki minggu ketiga dan rasanya masih terlalu awal untuk menilai, tetapi saya bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka. Tetap menjaga ukhwah dan agama. Kami disini jauh dari keluarga masing2 jadi teman2 adalah adik beradik dikala berjauhan bersama keluarga. Buat Norly, Shaila, Sue, Angah, Wanie, Mun & Ying, terima kasih yang tak terhingga kerana mengambil berat akan saya ketika saya kurang sihat baru2 nie. Dan kepada teman2 lain di SES saya akan tetap menjadi seseorang yang korang semua kenal. Disini saya dikenali dengan nama
Kementerian. Jarang rasanya dorang panggil saya dengan nama Azian. Apapun gelaran dorang, dan apapun pandangan dorang, saya tetap saya.....

02 Jun 2009

Cerita Tentang Sahabat

"Kemana pun kita pergi, kita tetap membawa hati yang sama "


saya cuba mengimbas-imbas kembali kata-kata nie yang pernah dituturkan oleh seseorang lebih kurang 7 tahun yang lepas..Zaman remaja yang saya lalui mungkin tidak sehebat teman2 seusia pada ketika itu namun pada saya ianya cukup sempurna dengan kehadiran sahabat2 saya yang sehingga kini pun kami masih lagi bersahabat baik.


Saya mengenali sahabat sejak dibangku sekolah. Detik awal pertemuan yang pada mulanya tidak membawa apa2 erti dalam hidup saya sebagai seorang pelajar telah berubah disebabkan satu salah faham diantara kami. Saya awalnya suka memperlekehkan sahabat. Mungkin kerana sikap sahabat yang suka sangat tidur dalam bas dan mungkin juga kerana pada ketika itu sahabat merupakan orang baru dalam bas kami. Dari cerita teman2 yang lain, sahabat rupanya baru berpindah..Saya memang selalu suka mentertawakan sahabat sampailah satu masa teman saya meminta supaya saya menjadi orang tengah diantara dia dan sahabat. Pada saya itu satu permintaan yang mudah dan tanpa berfikir panjang saya bersetuju untuk perkara itu.


Cerita bermula apabila satu hari, saya duduk betul2 bersebelahan dengan sahabat yang ketika itu sedang memandang diluar tingkap bas. Entah kenapa keadaan bas pada ketika itu lengang dan tak sesak seperti hari2 biasa. Dalam kepala time tu, saya dah merancang macam2 topik untuk dibualkan bersama sahabat dan saya memberanikan diri untuk menegur sahabat. Entah dimanalah silapnya lain yang hendak dibualkan lain pula yang terkeluar. Ayat pertama yang tergelincir dari bibir saya pada ketika tu ialah "awak nie memang suka ke tidur dalam bas?" Sahabat pada ketika itu memandang ke arah saya seketika sebelum tersenyum dan melepaskan semula pandangannya ke luar tingkap. Dan itulah kali pertama saya nampak senyuman sahabat. Dalam hati, saya menyumpah nyumpah kebodohan soalan saya tadi dan dalam pada masa yang sama, teman saya turut mentertawakan saya dari jauh. Saya faham kenapa teman tu ketawakan saya memandangkan pada sebelum2 nie jarang ada yang menolak apabila diajak berbual oleh saya dan kesudahannya saya hanya membiarkan sahabat terus memandang ke luar tingkap dan saya pula lebih selesa untuk mendiamkan diri.


Saya dan sahabat belajar di lain2 sekolah. Lazimnya saya yang akan turun dahulu dan saya masih ingat, ketika saya turun dan bas bergerak perlahan-lahan, sahabat melemparkan senyumannya sekali lagi kepada saya. Saya tertanya-tanya sendiri senyuman itu senyuman kerana apa? kerana kebodohan soalan saya tadi atau betul sahabat ikhlas? Lepas sesi persekolahan, saya terburu buru keluar. Tak sabar rasanya nak menungggu pakcik datang sebab sekolah saya adalah sekolah yang kedua terakhir dan ini bermakna, sahabat memang dah ada dalam bas. Sesampainya bas pakcik, saya naik dengan muke yang selambe dan tak sangka sahabat memberikan respon yang baik. Kami mula berbual-bual sehinggakan tak sedar yang pakcik dah pun memasuki lorong perumahan saya..rasa macam taknak turun aje time tu.. Sejak dari hari tu, Saya dan sahabat memang selalu berhubung. Tapi cuma didalam bas. Pada saya naik bas sesesak macam manapun, saya tak kisah dan sahabat pun dah tidak lagi dengan tabiatnya yang pada dulunya, suka sangat tidur dalam bas. Saya terlupa tujuan asal saya bersama sahabat sehinggalah pada satu ketika teman saya bertanyakan tentang niatnya. Saya berkira-kira mungkin esok adalah masa yang sesuai untuk saya berterus terang terhadap sahabat dan seperti yang dijanjikan, ke esokkan harinya, pada sebelah pagi saya memulakan bicara. " balik nie boleh tak awak turun kat blok saya? saya ada hal sket nak dibincangkan". Dan sahabat menjawab "ok, kita jumpa balik sekolah nanti". Sahabat kemudiannya melemparkan senyumannya yang pada saya agak berlainan dari sebelum2 nie..


Saya menjalani waktu sekolah pada hari tu dengan hati yang berbunga-bunga. Tak sabar rasanya nak beritahu pada teman tentang berita baik yang bakal dia dengar. Saya bangga kerana saya dah mengotakan apa yang saya janjikan. Pada saya samada saya bersama sahabat atau tidak, perkara itu biasa2 sahaja. Sahabat tidak mendatangkan apa2 pengertian dalam life saya sampailah habis waktu persekolahan, kami berbual-bual lagi didalam bas seperti biasa. Setibanya di perumahan saya, sahabat turun, mengekori saya dari belakang dan kami duduk di bangku yang telah disediakan di kawasan perumahan saya. Pada awalnya perbualan kami biasa2 aja namun suasana berubah menjadi tegang apabila sahabat tahu tujuan sebenar saya berkawan dengan dia. Sahabat akhirnya meminta diri untuk balik dan meninggalkan saya dalam keadaan yang tercengang cengang dengan kata2nya yang terakhir.


To Be Continue..

01 Jun 2009

Saya Akur...

Selamat Petang wat sumer..
Ari nie adalah bulan baru dan ini adalah post sy yg pertama ntok bulan nie..diam x diam dah pon stengah tahon..masa datang dan pergi..tapi sy tetap macam nie..
Sejak seminggu nie, life sy agak membosankan..tiap hari sy berdepan dengan masalah yang akhirnya wat sy jd tertekan. Sy x tahu nak mengadu pd siapa. Kalo dulu sy ade seseorang yang sanggup menjadi pendengar setia sy, yg slalu ade dcc sy..tp skrg sy xde seseorang tu..Saya harap sgt2 disaat-saat sy cum ni dia ade bersama sy. tapi.........


Apepon sy seharusnya bersyukur..Walaupun tuhan telah menguji sy dengan berbagai bagai ujian yang x termampu sy hadapi, tp setidak tidaknya disaat saat cumni lah baru sy kenal siapa orang yang slalu berada di belakang sy..yg menghulurkan tangan dikala sy terjatuh..yang memapah disaat sy terluka..Terima Kasih Ya-Allah..Sesungguhnya aku adalah hambamu yang x terdaya dengan ujian mu kali ini..



Buat pihak yang membantu, sy mmg tak tahu nak balas bagaimana tapi seikhlasnya, sy tak kan lupa budi yang ditabur smpailah sy mati..mereka2 inilah yg akan sy bantu apabila tiba satu masa nanti, mereka memerlukan bantuan sy..Minggu depan sy akan berhijrah ke tempat yg baru..mencari rezeki di negeri orang..sy pergi bukan kerana sy tak mahu bekerja di negeri sendiri..dan sy pergi bukan kerana sy membelakangkan keluarga sy..tapi sy pergi kerana terpaksa..sy terpaksa melupakan apa yang sy suka..sy terpaksa meninggalkan apa yang sy sayang..Buat Ayah dan Ibu sy, sy minta maaf sgt2!! Sy tabahkan hati sy sendiri untuk semua ujian dari Allah ni..Dengan harapan sy akan jd lebih matang..Belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri..Sy tak mengharapkan apa2 dari keluarga sy, cukuplah sekadar saya mendapat Restu mereka dan memadailah sekiranya mereka terus menyokong sy..Andai ini yang Allah mahukan dari sy, SAYA AKUR....